Gara-gara ayam jantan buat bising, lelaki bakar jiran hidup-hidup

Gara-gara ayam jantan buat bising, lelaki bakar jiran hidup-hidup

Gara-gara ayam jantan buat bising, lelaki bakar jiran hidup-hidup.

Seorang lelaki di Thailand dilaporkan menyimbah minyak petrol pada badan seorang jirannya lalu membakar mangsa hidup-hidup ketika dia berehat di kerusi rumahnya pada Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger.

Beberapa saksi kejadian berkata, mereka melihat mangsa yang dijilat api, berlari keluar dari rumahnya pada pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan). Lelaki itu dilaporkan terselamat tetapi badannya teruk melecur.

Seorang saksi turut membe­ritahu bahawa kedua-dua lelaki itu kerap bertengkar mengenai ayam jantan milik mangsa yang sering membuat bising. Rumah kedua-dua lelaki tersebut hanya berjarak kira-kira 10 meter.

Gara-gara ayam jantan buat bising, lelaki bakar jiran

Kriangkrai ‘Yong’ Pimmongkon, 35, yang tinggal di Samut Prakan, tenggara Bangkok dikatakan pergi ke rumah jirannya lalu menyiram minyak petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan api.

Mangsa yang bernama Cha­roen Rukkachart, 40, dilihat berlari keluar dari rumah dengan badannya yang terbakar. Jiran-jiran segera mendapatkan air lalu menyimbah mangsa untuk mema­damkan api.

Charoen segera dikejarkan ke hospital. Dia mengalami luka melecur hampir 70 peratus yang merebak di seluruh badannya dari kepala hingga kaki. Seorang saksi berkata, bunyi bising ayam jantan Charoen mengganggu Yong dan mereka sering bertengkar mengenainya.

Seorang pegawai polis memberitahu media Thailand bahawa pertengkaran mengenai ayam dilihat sebagai motif yang terlalu ringan dan pihaknya akan terus menyiasat kes tersebut. Yong juga pernah disabitkan dengan dua atau tiga kes dadah sebelum ini.

Baca Lagi:

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

‘Scammer’ mengaku ‘Datuk’ jual nama parti, gabenor Melaka kaut ratusan ribu ringgit

CATEGORIES