Helikopter tentera terhempas, tiada mangsa dilapor selamat. Tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam tragedi nahas helikopter tentera yang berlaku di Burrell Road, Madison County.
Beberapa rakaman di media sosial menunjukkan asap tebal yang memenuhi ruang udara dilihat berpunca dari helikopter model UH-60.
Buat masa ini pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban.
Menurut saksi yang berada di kawasan berdekatan, dia terdengar bunyi kipas helikopter di atas bumbung kediamannya sebelum diikuti bunyi letupan yang kuat dan kemudian melihat kepulan asap tebal.
Maklumat lanjut mangsa yang terbunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan.