Hebatnya seorang isteri, wanita dukung suami turun dari tingkat 4 setiap kali ada rawatan hospital

Hebatnya seorang isteri, wanita dukung suami turun dari tingkat 4 setiap kali ada rawatan hospital

Hebatnya seorang isteri, wanita dukung suami turun dari tingkat 4 setiap kali ada rawatan hospital. Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang SUPERHERO rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.

Dukung Suami Turun Dari Tingkat 4

Dalam satu perkongsian dari hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.

Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian sebelum membawa suami ada temujanji di hospital.

Hebatnya seorang isteri, wanita dukung suami turun dari tingkat 4 setiap kali ada rawatan hospital

Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.

Pengorbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.

Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan pengorbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospital, syukur Alhamdulillah.

Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin.

@hamsatulhamzah Memahami kepayahan yg dialami olh Cikgu June, seorg is3 yg tabah dan setia, kami membantu semampu mungkin. Dgn kerjasama Persatuan OKU Berdaya, kini Cikgu June tidak perlu lg mengendong suaminya turun ke bawah. #ziarahkebajikan #MuslimatBangi #AndadiHatiKami #prihatin #bersihdanstabil #CapCut ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Baca Lagi:
Lelaki mengabdikan dirinya menggali ruangan bawah tanah sehingga ke akhir hayat, hasilnya cukup menakjubkan
Rosmah jumpa TPM, mengadu tidak puas hati
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *