Harga baharu untuk 10 plaza tol yang ramai belum tahu

Harga baharu untuk 10 plaza tol yang ramai belum tahu

Harga baharu untuk 10 plaza tol yang ramai belum tahu. Sewaktu pembukaan Lebuhraya DASH tempoh hari, Perdana Menteri Ismail Sabri ada mengumumkan penurunan kadar tol untuk 6 lebuh raya di Lembah Klang. 4 daripada 6 akan menurunkan kadar tol masing-masing pada 20 Oktober 2022 manakala baki 2 lagi seawal tahun 2023. Seperti yang dijanjikan, berikat adalah harga baharu untuk 10 plaza tol yang terlibat.

Harga baharu untuk 10 plaza tol yang ramai belum tahu

Harga baharu ini dimungkinkan melalaui penstrukturan baharu konsesi lebuh raya yang katanya boleh membantu kerajaan menjimatkan kira-kira RM8.8 bilion dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi. Untuk pengetahuan semua, lebuhraya AKLEH, GCE, LKSA dan SILK diuruskan oleh pemegang konsesi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), yang turut menguruskan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka hari ini. PROLINTAS dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Harga baharu untuk 10 plaza tol yang ramai belum tahu

Dua lagi lebuhraya yang terlibat dengan penyelarasan harga selain PROLINTAS ialah LEKAS dan Besraya. Konsesinya dipegang oleh IJM Corporation Berhad.

Sementara itu, jangan ketinggalan untuk mencuba lebuhraya DASH yang baharu. Ia telahpun dibuka bermula tengah malam 14 Oktober 2022 lalu. Pengguna lebuhraya DASH boleh menikmati kadar tol percuma, sehingga 30 November 2022.

Baca Lagi:
Abang Viva nikah tak jemput keluarga?, Kakak ucap terima kasih abaikan mak ayah
Siapa sangka, petani berstatus ijazah ini raih RM80,000 semusim
Penghantar makanan terkejut dapat sampul berisi wang ribuan ringgit dari pelanggan wanita
CATEGORIES