Wanita terkejut budak 12 tahun sangup poteng sekolah demi menolong ibu jual cendawan

Wanita terkejut budak 12 tahun sangup poteng sekolah demi menolong ibu jual cendawan

Wanita terkejut budak 12 tahun sangup poteng sekolah demi menolong ibu jual cendawan. Seorang wanita berkongsikan satu kisah mengenai seorang budak lelaki yang datang ke rumahnya dan kisah itu dengan pantas menjadi tular di media sosial

Menurut perkongsian wanita yang dikenali sebagai Rosmalina Roslan di laman facebooknya, budak lelaki berusia 12 tahun itu datang ke rumahnya kerana mahu menjual ayahnya menjual cendawan demi mencari rezeki buat keluarga.

Mulanya wanita ini tidak berminat nak beli cendawan tiram yang dijual budak itu, tapi budak itu tidak berputus asa dan memberi salam tak putus-putus. Jom kita baca perkongsian wanita ini:

Wanita terkejut budak 12 tahun sangup poteng sekolah demi menolong ibu jual cendawan

Dia bagi salam depan umah datang nak jual cendawan tiram. Saya kat dalam pada mulanya tak nak beli. Tapi agak lama dia depan umah sambil duduk & bagi salam tak putus-putus. Saya buka pagar & tengok air muka,

Katanya belum makan..

Ya Allah Kesiannya??…tanya dah makan belum, katanya belum. Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak?… Saya pelawa masuk & ajak makan Kuey Teow goreng (masak untuk sarapan pagi tadi)…Alhamdulillah habis.

Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah & mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak?

Ayah kerja RELA, mak kerja di Pahang

Katanya tinggal kat Cahaya Baru. Ayah kerja Rela. Mak ada tapi kerja kat Pahang. Balik seminggu sekali. Adik-adik pun ada lagi, sorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain.

Dia sekolah lagi…darjah 6 tapi katanya ayah suruh cuti arini suruh jual cendawan??…Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni,tapi dah berkorban tolong keluarga ??

Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga?…Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain?

Semoga sentiasa dilimpahkan rezeqi untuk adik ni?

Kalau ada terjumpa adik ni, beli lah walaupun 1.

Kesian sebenarnya?? Diakhir statusnya, wanita ini mendoakan semoga adik ini dimurahkan rezeki dan orang ramai boleh membeli cendawan yang dijualnya jika ada terserempak.

Baca Juga : 
Zizan selalu muat naik foto bersama Hawa, tak sangka ini penjelasan tuan badan
Wanita ini miliki hartanah yang banyak, sanggup bayar gaji bulanan kepada lelaki yang sudi jadi suami
“Ini ke standard Ahli Parlimen?, pemilik lagu sudah tweet tak izinkan, sampai lagu pun nak sakau”
CATEGORIES