Graduan dicekup berkhalwat sebelum majlis konvokesyen

Graduan dicekup berkhalwat sebelum majlis konvokesyen

Graduan dicekup berkhalwat sebelum majlis konvokesyen. Seorang graduan dicekup berkhalwat bersama kekasihnya di sebuah hotel butik di sini dengan alasan ingin berehat selepas penat melakukan urusan pengambilan jubah bagi majlis konvokesyen pada Selasa depan.

Graduan berusia 22 tahun dan kekasihnya 26 tahun itu antara enam pasangan yang dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di Ujong Pasir, kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan muda itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan sebelum mengakui mereka hanyalah kenalan.

Graduan dicekup berkhalwat sebelum majlis konvokesyen

“Ketika serbuan dilakukan, wanita itu telah membuka pintu bilik dan mendakwa kononnya menginap bersama rakan perempuan, namun apabila diperiksa terdapat seorang lelaki bersembunyi di bawah selimut dengan hanya memakai seluar pendek.
“Hasil soal siasat pasangan itu adalah kekasih dan si lelaki memberikan alasan bermalam di situ kerana penat mengambil jubah untuk majlis konvokesyen dijadualkan pada Selasa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai operasi yang tamat kira-kira pukul 4 pagi.

Tambahnya, wanita terbabit telah datang dari Gombak, Selangor semata-mata untuk berjumpa dengan kekasihnya itu.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, turut dicekup adalah seorang wanita berstatus isteri orang berusia 37 tahun dengan skandalnya 40 tahun.

“Wanita tersebut sanggup memberitahu telah bercerai dengan suaminya, namun hasil semakan nombor kad pengenalannya secara dalam talian mendapati dia masih berstatus isteri orang.

“Kekasihnya juga telah berkahwin dan mendakwa dalam proses penceraian,” katanya.

Che Sukri berkata, kesemua enam pasangan yang ditahan akan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53(1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Baca Lagi:
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
Manager dengki dengan pekerja perempuan sebab cantik dan pakai Honda, dipaksa buat OT seminggu
Rupanya ada 2 roh dalam jasad manusia, sebab itu selalu mimpi bermacam-macam
CATEGORIES