Gempar! [VIDEO] Ular sawa gergasi ditemui di Sulawesi

ular sawa e1664065236967

Gempar! [VIDEO] Ular sawa gergasi ditemui di Sulawesi

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebilangan petani mengusung seekor ular sawa gergasi yang memiliki panjang kira-kira 7 meter, lapor laman berita Okezone.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Ular sawa itu ditemui di kawasan hutan berhampiran Desa Latompe, Sulawesi Tenggara Rabu lalu.

Menurut seorang petani, La Densi, ular itu tidak bergerak dan bertindak balas ketika dia menemuinya.

Dia kemudian segera memanggil rakan-rakannya untuk membunuh ular tersebut yang ketika itu sedang melilit semak belukar.

Setelah berasa terancam, ia cuba melawan dan mematuk rakan sekerjanya namun gagal. Tanpa berfikir panjang, mereka menetak haiwan itu menggunakan parang sehingga mati.

Menurut La Densi, ular itu kemudian dibawa sejauh 7 kilometer ke kawasan kampung. Dia mengambil inisiatif untuk menjual daging ular betina itu.

Selain itu, mereka menemui 100 biji telur ular tersebut yang kemudian diangkut menggunakan guni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

Baca lagi:

Pengasas tudung dari Kelantan raih untung RM10,000 dalam 2 minggu, ini rahsia nya

Mat Kilau ‘Top 5’ filem popular Netflix di Israel, orang Israel pun minat filem Melayu ni

Wanita bergelar Datin mati dibunuh dalam rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *