Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya

Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya

Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya.

Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, hari ini.

Bayi cukup sifat itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.05 pagi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu jam 2.38 pagi.

Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dijumpai orang awam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Bayi itu ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga.

“Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Bayi perempuan baru lahir cukup sifat ditinggal atas jalan raya

“Bayi itu dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Nor Rafidah meminta orang ramai yang ada maklumat berkaitan kes itu segera menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 016-4486747.

Baca Lagi:

8 pemimpin UMNO sertai rombongan PM ke New York jadi tanda tanya

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

CATEGORIES