Gaji permulaan jurutera di Malaysia akan dikaji semula – Menteri

Photo of author

By Joe

Gaji permulaan jurutera di Malaysia akan dikaji semula – Menteri. Kerajaan mengambil maklum berkenaan nisbah jurutera dan populasinya yang kurang dalam negara termasuk melibatkan gaji permulaan yang rendah berbanding negara luar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengakui isu ini mungkin menjadi faktor utama kurangnya minat golongan muda untuk menceburi profesion berkenaan.

“Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) telah mewujudkan satu task force untuk mengkaji gaji pemulaan jurutera di Malaysia” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian secara maya di majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun (HPTN) 2022, hari ini.

Gaji permulaan jurutera di Malaysia akan dikaji semula - Menteri

Nanta juga berkata, penekanan untuk memastikan profesion teknikal dalam negara disambut oleh orang muda cuba direalisasikan menerusi tema ‘Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan’.

“Penguasaan teknologi menjadi pemangkin kepada pembangunan dan modenisasi sesebuah negara. Golongan muda pula adalah pewaris untuk menerajui negara di masa hadapan.

“Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memberi pendedahan berkaitan profesion teknikal kepada anak-anak muda demi meneruskan legasi dalam landskap pembangunan negara.

“Lantas, menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya maju dan membangun secara mapan dalam era Revolusi Industri 4.0,” jelasnya.

Nanta berkata pemerkasaan Latihan dan Pendidikan untuk bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkukuhkan bagi menyediakan ekosistem yang positif untuk melahirkan pakar-pakar yang berkemahiran tinggi.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar penggerak industri bersama-sama dengan kementerian dalam usaha untuk menggalakan TVET kepada semua lapisan mansyarakat.

“Usaha yang lebih agresif dan proaktif perlu direncanakan dengan melantk lebih ramai golongan profesion teknikal mengisi jawatan-jawatan strategik dan pembuat dasar di perkhidmatan awam.

“Syarikt-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga disarankan melibatkan kalangan profesional teknikal di dalam tadbir urus syarikat seperti AHli Lembaga Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif.” tambahnya lagi.

Baca Lagi:
KKD bakal umum berita baik untuk B40, M40 menjelang Krismas
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab