FAM tidak cerita perkara sebenar di sebalik kegagalan Harimau Malaya

WhatsApp Image 2021 11 20 at 8.02.56 PM

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku di sebalik kegagalan Harimau Malaya dalam Piala AFF di Singapura, tahun lalu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, beliau difahamkan Malaysia sepatutnya menghantar skuad bawah 23 (B-23) ke kejohanan itu, tetapi tidak tahu mengapa tiba-tiba pemain senior berada di sana.

Kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, beliau terpanggil untuk membuat pendedahan kerana melihat FAM tidak memberi penjelasan yang jelas kepada media sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Katanya, semua pihak harus mengambil tanggungjawab atas kegagalan itu dan jangan ada sikap ‘lepas tangan’ daripada individu terlibat.

“Setahu saya, FAM membuat perancangan untuk menghantar skuad bawah 23 tahun ke Piala AFF baru-baru ini tetapi yang pergi ke sana adalah skuad senior.

“Tujuan skuad bawah 23 tahun diturunkan adalah untuk diberikan pendedahan manakala skuad senior ada pertandingan lain yang akan diberikan fokus tetapi mereka menukar rancangan pada minit-minit akhir dan itulah akibatnya.

“FAM turut gagal tampil ke hadapan iaitu kepada pihak media untuk menceritakan perkara yang sedang berlaku. Apabila terlalu lama berdiam atau ada jarak komunikasi dengan pihak media dan penyokong, itu sebab terlalu banyak spekulasi daripada penyokong,” katanya dalam wawancara bersama Astro Arena.

Kata Tunku Ismail, bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut mempunyai kesilapan ketika mengendalikan pasukan kerana gagal untuk menunjukkan kepimpinan terbaik dan menjaga keharmonian pemain.

“Saya mendapatkan laporan ada pemain yang berada di papan putih untuk menunjukkan perancangan taktikal kepada pemain lain dan perkara itu tidak terjadi di mana-mana pasukan di dunia. – UM

Leave a Reply

Your email address will not be published.