Dua anggota polis parah ditetak tangan hampir putus dengan penagih mengamuk

Dua anggota polis parah ditetak tangan hampir putus dengan penagih mengamuk

Dua anggota polis parah ditetak tangan hampir putus dengan penagih mengamuk. Perselisihan antara seorang penagih dadah dan abangnya bertukar tragedi apabila dua anggota polis cedera parah ditetak menggunakan parang ketika cuba menahan suspek di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa, Inspektor Mohd Zulhusni Hasani dan Lans Koperal Mohammad Ridzuan ke lokasi menjalankan tindakan susulan berhubung perselisihan berkenaan.

“Inspektor Mohd Zulhusni Hasani dan Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi bersama empat anggota lain membuat tindakan susulan bersabit kes yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan melibatkan suspek.

“Suspek didapati mengamuk, menghempas pasu bunga dan melanggar kereta jenis Honda Accord milik abangnya menggunakan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara serta mengejar abangnya dengan sebilah parang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dua anggota polis parah ditetak tangan hampir putus dengan penagih mengamuk

Mohd Iqbal berkata, setibanya pasukan polis di lokasi kejadian, suspek lelaki tempatan berusia 47 tahun enggan memberikan kerjasama dan bertindak mengunci pintu rumah.

“Suspek tinggal seorang diri di rumah terbabit yang terletak bersebelahan dengan kediaman abangnya yang berusia 53 tahun,” jelasnya.

Beliau berkata, Mohd Zulhusni bersama pasukan polis berjaya masuk ke dalam kediaman terbabit dan Mohd Ridzuwan terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri berikutan suspek bertindak agresif dengan melibas parang ke arahnya.

“Bagaimanapun, suspek terus menyerang dan melibas parang ke arah Mohd Ridzuwan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan kiri sehingga tiga jari tidak dapat digerakkan.

“Mohd Zulhusni juga mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan ketika bersama pasukan polis bergelut untuk menangkap suspek,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal memberitahu, kedua-dua anggota terbabit telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan ujian air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamine dan THC.

“Suspek yang juga seorang penganggur direman tiga hari bermula Selasa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 307 dan 326 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.

Baca Lagi:
Penyanyi baru wanita dakwa hampir dicabul vokalis kumpulan terkenal
Fitnah isteri DDNK, Mat Sabu pula bakal heret 2 ‘facebooker’ ke mahkamah
Mahkamah tutup kes Syed Saddiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *