Datuk kantoi rogol isteri cucu sehingga melahirkan anak

Datuk kantoi rogol isteri cucu sehingga melahirkan anak

Datuk kantoi rogol isteri cucu sehingga melahirkan anak.

Seorang lelaki tidak menyangka anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukan anaknya, sebaliknya, bayi itu merupakan darah daging datuknya sendiri.

Kes itu terbongkar selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan di hospital di Berau, Kalimantan Timur.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai BE menceritakan, dia mengetahui perbuatan keji datuknya selepas dimaklumkan oleh isterinya, beberapa hari selepas melahirkan anak.

Datuk kantoi rogol isteri cucu sehingga melahirkan anak

“Saya berasa amat kecewa selepas mengetahui kes yang menimpa isteri saya. Saya sangka bayi itu adalah anak kami.

“Isteri tidak berani menceritakan hal sebenar ketika dia mengandung kerana bimbang perkara lebih buruk boleh berlaku.

“Pada mulanya, saya tidak percaya dengan cerita isteri sebelum saya berjumpa dengan doktor yang merawatnya untuk mengetahui bilakah isteri saya mula mengandung,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Lelaki itu memaklumkan, doktor memberitahu isterinya melahirkan anak cukup bulan.

Hal itu menunjukkan isteri lelaki tersebut sebenarnya sudah mengandung dua bulan sebelum mereka dinikahkan kerana usia perkahwinan mereka ketika ini baru tujuh bulan.

Sehubungan itu, BE terus membuat laporan polis dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan polis mendapati, suspek juga merogol sepupu mangsa yang berusia 14 tahun.

Baca Lagi:

“Begitu sulit, lupakan rehan” kisah disebalik budak viral, pernah mengandung 16 kali

Ketua polis KL minta “orang bawah” derma RM30.00 untuk kenduri kahwin anaknya?

Pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, banduan ini dicabut nyawa sebelum ke tali gantung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *