Khairuddin dedah sesuatu tentang PAS

Khairuddin dedah sesuatu tentang PAS

Khairuddin dedah sesuatu tentang PAS.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata PAS dalam dilema susulan kenyataan yang menyebut bahawa “BN adalah musuh PN.”

Difahamkan Khairuddin mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin semalam yang menegaskan BN adalah musuh utama mereka pada pilihan raya umum (PRU15 ) akan datang.

Khairuddin dedah sesuatu tentang PAS

Kata Khairuddin, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru sahaja berusaha membina kembali jambatan Muafakat Nasional (MN) yang sudah mula terbakar dengan mengatakan BN bukan musuh PAS.

“Ia talian hayat kerjasama politik. Namun, ia tidak disenangi oleh setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama MN ini.

Khairuddin dedah sesuatu tentang PAS

“MN telah melakar sejarah kesatuan kalangan umat Islam dalam dua parti politik terbesar Melayu Islam. Kehadiran MN menakutkan PH untuk berhadapan PRU ke 15,” kata Khairuddin pada hantaran di media sosial malam tadi.

Menurut bekas ahli jawatankuasa PAS itu sekurang-kurangnya 28 kerusi parlimen PH yang akan terlepas kembali ke tangan sama ada Umno atau PAS menerusi MN.

“Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN.

“Jambatan MN yang mula terbakar menjadikan PH bernafas kembali. Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan.

Khairuddin dedah sesuatu tentang PAS

“Percikan api pertembungan antara PAS dan Umno sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978.

“Ahli PAS dan Umno perlu berhati-hati dengan agenda perpecahan ini,” katanya yang mengumumkan keluar PAS pada Mac lalu.

Semalam, Muhyiddin mengisytiharkan BN musuh PN, berkata perkara itu dipersetujui oleh semua parti komponen dalam PN.

“Apabila tiba masa PRU15 diadakan, maka PN didukung Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP, akan gerakkan semua jentera kita.

“Saya tak nak bincang soal Pakatan Harapan (PH), itu hal dialah. Umno nak tanding semua kerusi tandinglah.

“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini, bahawa musuh utama kita tidak lain adalah BN,” katanya.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat bercanggah dengan PAS yang meletakkan PH sebagai musuh utama, manakala BN adalah rakan taa’wun (kerjasama) mereka.

Baca Lagi:

Selebriti terkenal kantoi pakai “sport bra” ketika beriadah, tapi dalam media sosial berimej muslimah

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Gempar!! Saintis temui virus baharu seakan covid-19 kebal vaksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *