Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga. Siapa sahaja yang tidak mengidamkan kehidupan yang senang lenang bukan?

Sama seperti kisah yang tular terhadap seorang gadis yang berusia 20 tahun ini, yang dikatakan telah melalui pelbagai perit dalam hidupnya sebelum ini kini nekad untuk mengubah nasib keluarganya.

Berdasarkan laporan MStar, Sarihan Mustapha menyatakan bahawa dia hanya dibesarkan oleh ibu yang berpendapatan kira-kira RM 500 sahaja sebulan.

Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

“Memang ada bantuan ibu tunggal, tapi tak cukup pun nak tanggung perbelanjaan keluarga. Jadi dari kecil hingga tingkatan 5, setiap kali isi dalam borang ibu bapa memang saya tulis gaji mak RM500 sebulan.

“Kadang rasa malu sebab takut orang pandang rendah dan hina apabila mereka bertanya apa pekerjaan mak… ia berlanjutan sehingga saya masuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara),” luahnya.

Manakala baginya pada ketika itu, gaji ibu bapa pelajar yang lain ada yang sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

“Tingkatan 4 dan 5 saya dimasukkan ke MRSM Bitara (program khas)… di situ kebanyakan pelajarnya adalah daripada keluarga yang kaya serta mempunyai status seperti Datuk dan Datin.

“Sedangkan semasa berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja kantin sebaliknya melakukan kerja kampung dengan gaji sekitar RM500.

“Di MRSM pula, sesi pembelajarannya menggunakan iPad sahaja. Jadi saya dengan famili yang sangat susah serta tiada adik-beradik yang boleh tolong pada masa itu, tidak mampu memiliki gajet berkenaan. Malah permohonan bantuan yang dihantar ke wakil rakyat tidak pernah dibalas, jadi saya teruskan pembelajaran tanpa iPad selama dua tahun,” katanya sebak.

Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

Difahamkan, hanya 20 orang pelajar yang tidak mempunyai iPAd pembelajaran pada ketika itu, ujar Sarihan.

“Keadaan itu menyebabkan saya belajar dalam keadaan sedih sebab dikelilingi orang kaya. Apa yang mereka nak gunakan dalam pelajaran sentiasa dapat.

“Walaupun saya mempunyai biasiswa, tetapi buku dipegang oleh kaunselor… tetap rasa tak seronok sebab bila duit kurang kena jumpa kaunselor untuk minta dan pelajar lain memang dah tahu hanya pelajar miskin yang akan berjumpa kaunselor,” katanya.

Demikian dengan itu, dia menghadapi masalah untuk mendapatkan keputusan cemerlang dan pernah terdetik untuk berghenti daripada sekolah elit berkenaan akan tetapi dia cekalkan semangatnya setelah mendapat dorongan daripada ibunya.

Sama seperti anak remaja yang lain, Sarihan turut mengimpikan hidup senang dan mahu mengubah nasib keluarganya itu.

“Tamat sahaja persekolahan, saya berdoa supaya apa yang saya nak buat dipermudahkan. Masa tu fikir bagaimana nak ubah kehidupan yang berstatus asnaf dan tak sangka yang saya akan terfikir untuk buat bisnes selepas peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah Allah bukakan mata saya untuk melihat pelajar-pelajar universiti buat bisnes.

“Memasuki usia 18 tahun, saya mula berdaftar sebagai ejen satu produk dan tiga bulan selepas itu saya berjaya menjana pendapatan empat angka. Pada masa itu saya dalam proses pendaftaran di matrikulasi.

“Rasa seronok kerana orang lain beratur untuk mengeluarkan elaun belajar, saya pula dapat bonus bisnes. Pendapatan yang diperoleh membuatkan saya mampu memberi duit belanja RM 1,000 kepada mak manakala RM 1,000 untuk saya berbelanja,” jelasnya yang gembira kerana mampu peroleh pendapatan sehingga RM 9,000 pada ketika itu.

“Semangat itu saya dapat kerana dah berjanji dengan diri untuk ubah nasib diri dan keluarga… saya tak mahu keluarga berstatus asnaf. Jadi sibuk atau tidak saya tetap jalankan bisnes, walaupun tengah peperiksaan, saya berjaya capai bonus sehingga RM9,000 bersih.

“Bila buat bisnes saya berjaya ‘lompat’ sehingga hampir mencapai status T20,” luahnya lagi.

Bukan itu sahaja, dia juga berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang lebih baik dan kini masih melanjutkan pelajaran dalam jurusan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan.

Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

Meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan berasa bangga terhadap pencapaiannya itu.

Antara komen netizen:

Dari RM500 kini jadi RM9k, wanita umur 19 tahun kongsi cara buat income mampu ubah hidup keluarga

@sarihansss #CapCut ♬ original sound – sarihans

Baca Lagi:
Sebab daun pandan, warga emas hilang 12 jongkong emas
Ahmad Maslan dedah 5 sebab kenapa UMNO kalah teruk PRU15
Semua terkejut isteri tiba-tiba suruh kahwin lagi satu, rupanya semua itu berpunca dari WhatsApp lama
CATEGORIES