Sebab daun pandan, warga emas hilang 12 jongkong emas

Sebab daun pandan, warga emas hilang 12 jongkong emas

Sebab daun pandan, warga emas hilang 12 jongkong emas. Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun berputih mata kerugian RM85,000 apabila 12 jongkong emas miliknya dilarikan sekumpulan penjenayah pada awal bulan ini.

Kejadian pecah rumah di Kampung Geliga di sini terbabit disyaki didalangi seorang lelaki dan wanita yang berusia dalam lingkungan antara 20-an dan 30-an.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua suspek berpura-pura meminta daun pandan dengan wanita warga emas itu.

Sebab daun pandan, warga emas hilang 12 jongkong emas

“Sewaktu mangsa pergi mengambil daun pandan berkenaan di belakang rumah, seorang suspek mengikut dan mengajaknya berborak sehingga sampai setengah jam.
“Masa terluang itu digunakan seorang lagi suspek untuk memasuki rumah mangsa untuk mencuri 12 jongkong emas berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hanyan berkata, wanita berusia 85 tahun tersebut hanya menyedari rumahnya telah diceroboh penjenayah terbabit apabila jongkong emas itu sudah hilang dalam simpanannya.

Tambah beliau, polis percaya modus operandi suspek ialah melekakan tuan rumah dengan berbual panjang atau berpura-pura meminta hasil pertanian seperti daun pandan, kelapa dan serai sebelum menceroboh kediaman mangsa.

“Penjenayah ini menyasarkan golongan warga emas dan individu yang tinggal bersendirian sebagai mangsa,” katanya.

Baca Lagi:
3 kali terkena ‘game’ dengan lelaki, dah tak ada perasaan dah
5 senarai artis Malaysia hidup berpoligami dan kekal bahagia sampai sekarang, no 5 paling power sekali..
Tular wanita nyanyi lagu dangdut siap gelek-gelek di majlis pengajian agama
CATEGORIES