Bukan biasa-biasa latar belakang Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
LATAR BELAKANG
- Dilahirkan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
- Merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.
PERISTIWA PENTING
- 22 September 1982: Mendirikan rumah tangga bersama Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu Tunku Mahkota Johor.
- Pasangan Diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, lima orang putera dan seorang puteri.
- Januari 2010: Tunku Mahkota telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, manakala Tuanku Zarith Sofiah memakai gelaran Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
- 23 Mac 2015: Dikurniakan gelaran Permaisuri Johor.