Budak lelaki tersepit kaki celah eskalator

Budak lelaki tersepit kaki celah eskalator

Budak lelaki tersepit kaki celah eskalator.

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila jari kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat membeli-belah di bandar raya ini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.54 petang.

“Menerusi laporan awal, kaki kanak-kanak tersebut dimaklumkan tersepit di eskalator yang berada di tingkat dua, pusat membeli belah tersebut. Sebaik sahaja tiba di lokasi, beberapa peralatan digunakan untuk melepaskan kaki kanak-kanak tersebut. Kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 3.15 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Budak lelaki tersepit kaki celah eskalator

Sementara itu seorang saksi yang enggan dikenali memaklumkan, kaki kanan kanak-kanak tersebut dipercayai tersepit setelah selipar dipakainya memasuki bahagian dalam eskalator berkenaan.

Ketika kejadian, katanya, difahamkan kanak-kanak itu sedang menggunakan eskalator berkenaan untuk turun dari tingkat tiga sebelum kakinya tersangkut di sebelah kanan eskalator tersebut.

“Sebaik sahaja kaki kanak-kanak itu tersepit, pihak penyelenggaraan pusat membeli-belah tersebut mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkannya namun gagal. Kanak-kanak itu beberapa kali menjerit kesakitan ketika kakinya cuba dikeluarkan namun dia berjaya ditenangkan dan orang ramai turut bertepuk tangan selepas pihak bomba berjaya menyelamatkannya,” katanya.

Difahamkan kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Perdana Menteri kena baling kasut dengan bekas tentera

Tiket Muzium Melaka naik RM2 hingga RM10 bermula 1 Jun

CATEGORIES