Berang dengan sikap mertua, menantu acu pistol

tembak mentua

Berang dengan mertua, menantu acu pistol. Gara-gara tidak tahan dengan sikap mentua yang sering masuk campur dalam urusan rumah tangganya, seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan bertindak mengacukan pistol ke arah mereka serta mengugut untuk melepaskan tembakan, lapor laman berita Sindo News semalam.

Ketua Polis Gandus Palembang, Asisten Komisioner Polis Kusyanto berkata, suspek, Dedi Tetra Utama @ Pakcik, 47, bagaimanapun hanya melepaskan tembakan ke udara dan tiada sesiapa yang dilaporkan cedera.

Baca lagi:  Wanita diserang kekasih sendiri kerana mengaku tak minat Cristiano Ronaldo

“Polis memberkas suspek bersama bahan bukti iaitu sepucuk pistol jenis FN yang berisi peluru.

“Kami masih menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki senjata api itu.

“Selain itu, suspek turut mengaku dia berasa berang terhadap ibu dan bapa mentuanya yang sering mencampuri urusan rumah tangganya,” kata Kusyanto.

Baca lagi:  Sesat 16 jam tak henti zikir, imam ditemui selamat

Dalam pada itu, suspek yang hanya berdiam diri selepas ditangkap polis mengakui kejadian tersebut.

“Saya berasa marah. Urusan rumah tangga sering dicampuri (oleh mentua),” katanya.

Jika disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun kerana memiliki senjata api dan mengancam untuk melakukan jenayah.

Baca lagi:  Suami dirampas adik sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.