Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

84a7f5a9 f10e 461f a1b1 c49be4858b37 e1647871495723

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri.

Seorang bapa sepatutnya menjadi peIindung terutama pada anak perempuan. Bagi anak perempuan hanya bapa mereka sahaja merupakan insan bernama lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembeIa mereka.

Baru-baru ini, seorang peguam syariah Fatihah Azzahra berkongsikan kisah benar dimana seorang bapa berusia 40an terIanjur sehingga menghamilkan anak sendiri berusia 20an dan dikatakan berbuat demikian kerana suka sama suka.

Lebih mengejutkan, apabila diketahui oleh isteri yang juga ibu kandung kepada anak tersebut, dia ssnggup berkorban agar diceraikan supaya suami dan anaknya dapat berkahwin.

‘Pengorbanan’ si ibu adalah untuk bayi yang dikandung anaknya supaya dapat berbin atau berbintikan dengan bapanya yang juga bekas suaminya. Anak beranak itu akhirnya berkahwin menggunakan khidmat sindiket perkahwinan oleh warga asing.

Bapa kandung terIanjur hingga mengandungkan anak perempuan. Kes suka sama suka, dari JPN kepada Peguam.
(Bapa dan Ibu berusia 40an,anak perempuan berusia 20an).

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Ibu kandung kata takpa, kahwinlah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah. Maka ibu dan ayah pun bercer4i sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Kemudian, bapa nikahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tldak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN. Mereka dimaklumkan kena rujuk Mahkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Namun apabila meIibatkan urusan pendaftaran kelahiran anak, Jabatan Pendaftaran Malaysia tldak meluluskan untuk berbin atau bernintikan kepada bapanya kerana perlu rujuk di mahkamah untuk tentukan nasab bayi berkenaan.

Peguam itu turut berk0ngsikan, apa yang menyed1hkan apabila si anak mempersoal mengapa anak tidak boleh guna nama suaminya (bapa kandung) sedangkan mereka sudah berkahwin.

Dunia makin membimbangkan.

Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bern4fsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Bayangkan,Pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagaL dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini kita hendak saIahkan siapa? SaIahkan ayah kandung kerana gagaI bimbing keIuarga ataupun ibu kandung kerana tldak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ( Surah Al Kahfi : 46)

Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejvt dengan kisah dikongsikan itu serta mempersoalkan ibu bapa yang seolah tidak kisah dengan hukum agama sedangkan ianya pengetahuan asas.

Tldak kurang juga, ramai yang bimbang dengan dunia sekarang yang semakin membimbangkan apabila perkara halal haram ditoIak sedangkan ibu bapa sepatutnya menjadi pendidik anak-anak.

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Baca Lagi:

Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4

Pesawat Boeing 737-800 bawa 132 penumpang terhempas

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *