Guru dimaki ‘Scammer’ berang hanya dapat 5 sen sahaja

bhscammer12 O BHfield image socialmedia

Guru dimaki ‘Scammer’ berang hanya dapat 5 sen sahaja.

Berang selepas gagal memerangkap mangsa untuk mendapatkan wang seperti yang minta, seorang guru dimaki dengan perkataan ‘babi ‘ dipercayai dilakukan oleh ‘scammer’ (penipu) di dalam aplikasi Telegram, baru-baru ini.

Beliau yang mahu dikenali Ahmad, 52, berkata, sebelum itu, beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1,000.

Menurutnya, beliau bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya.

“Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit.

“Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Guru dimaki 'Scammer' berang hanya dapat 5 sen sahaja

Ahmad berkata, selepas beliau menghantar gambar slip bank berkenaan lantas scammer terbabit memakinya dan terus menamatkan perbualan.

Katanya, scammer berkenaan mungkin terlalu marah kerana terasa dipermainkan oleh beliau dan tidak menerima jumlah wang yang sepatutnya.

“Memang licik sindiket penipuan ini iaitu dengan menggunakan identiti orang yang kita kenali untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkan kembali pada keesokkan harinya.

“Kalau kita terpedaya atau tidak berfikir panjang maka sudah tentu kita akan memasukkan sejumlah wang yang diminta ke dalam akaun individu terbabit yang mungkin menjadi kaldai akaun,” katanya.

Beliau berkata, bukan beliau sahaja yang cuba ditipu oleh sindiket terbabit malah rakan sekerjanya juga menerima mesej dipercayai individu sama untuk meminjam wang tetapi memberikan nombor akaun berbeza.

Baca Lagi:

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Gempar! Pengembara masa depan ramal perang Korea Utara, AS akan tercetus hari ini

Tular Video pengantin cantik seperti patung barbie, bekas kekasih peluk tiang mata berkaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *