Bahaya sebenarnya pulas stereng kereta macam tebar roti canai, perkongsian abang bomba ini buat ramai buka mata

Bahaya sebenarnya pulas stereng kereta macam tebar roti canai, perkongsian abang bomba ini buat ramai buka mata

Bahaya sebenarnya pulas stereng kereta macam tebar roti canai, perkongsian abang bomba ini buat ramai buka mata. Kedudukan tangan di stereng ketika memandu adalah antara perkara yang dititikberatkan semasa kita mengambil lesen memandu, kan?

Biasanya, dalam kelas memandu, tenaga pengajar mengingatkan kita untuk memegang stereng dalam posisi 9-3 atau 10-2.

Namun begitu, apabila di luar, mungkin ramai yang tidak mengamalkan prinsip tersebut ketika memandu. Tidak dinafikan, setiap pemandu seolah-olah ada gaya memegang stereng masing-masing.

Bahaya sebenarnya pulas stereng kereta macam tebar roti canai, perkongsian abang bomba ini buat ramai buka mata

Ada juga yang bersikap sambil lewa, misalnya memandu dengan sebelah tangan. Ada yang gemar memulas stereng seperti menebar roti canai ketika membelok atau melalui selekoh yang tajam.

Secara logiknya, kita tidak dapat mengagak apa yang ada di hadapan selepas selekoh kerana pandangan mata terhalang, kan?

Jadi, ada pelbagai kemungkinan menanti dan dikhuatiri boleh mengundang perkara yang tidak diingini, seperti kemalangan jalan raya.

Tahukah anda, gaya pemanduan seperti memulas stereng ‘roti canai’ boleh menyebabkan impak kemalangan menjadi bertambah parah.

Pemandu sering terlupa cara pegang stereng kereta dengan betul

Menurut pengguna TikTok, @Taufiq Sparkz, ada sebabnya anda disarankan untuk memandu dengan posisi tangan 9-3 atau 10-2.

Menurut anggota bomba yang memberi penerangan dalam video itu, pemandu sama sekali perlu mengelak daripada memandu dengan teknik menebar roti canai.

Apabila berlaku kemalangan dan beg udara diaktifkan, impaknya boleh menolak tangan ke belakang. Sekiranya ketika kejadian tangan dalam kedudukan menyilang pada stereng, tangan boleh terlempar ke arah pemandu, misalnya pada bahagian kepala.
Jika pemandu memakai jam tangan, bayangkan jam tangan berkenaan menghentam bahagian kepala akibat tangan yang terlempar ketika beg udara diaktifkan.

Dalam video itu lagi, anggota bomba itu juga menjelaskan bahaya jika memandu sambil tangan diletakkan di tengah stereng. Ada kes yang berlaku sebelum ini dimana jari pemandu patah apabila beg udara diaktifkan.

Oleh itu, anggota bomba berkenaan menegaskan posisi tangan yang betul ketika memegang stereng dapat mengelakkan pemandu daripada mengalami kecederaan serius.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh anggota bomba berkenaan.

@taufiq_sparkzBerhati-hati steering handling semasa memandu, ada sebab kita belajar kedudukan steering 9-3 dan jgn cross steering, sistem keselamatan boleh menjadi kemerbahayaan jika kita tak peka dgn sistem dan fungsinya…♬ original sound – Taufiq Sparkz

Baca Lagi:
Lepas pendedahan penduduk & peniaga Indonesia, sebenar barang di Malaysia murah, rakyat je yang tak bersyukur
Cukai perkhidmatan mula naik 8%, ini yang perlu rakyat kena tahu
“Orang cakap kalau layan isteri baik-baik, rezeki akan bertambah tapi aku lain pula yang jadi..”
CATEGORIES