Anak patung bernama George didakwa berpuaka, mata dan rambut diambil dari manusia

Anak patung bernama George didakwa berpuaka, mata dan rambut diambil dari manusia

Anak patung bernama George didakwa berpuaka, mata dan rambut diambil dari manusia. Muzium Puaka Nottingham adalah rumah kepada banyak tarikan yang mengerikan dan menakutkan. Tetapi tak semua tarikan tersebut didakwa berhantu seperti anak patung yang bernama George ini.

Anak patung George yang diperbuat pada tahun 1930-an dilaporkan dibuat menggunakan mata dan rambut daripada orang yang telah mati.

Muzium Berhantu Nottingham tersebut diasas oleh Marrie Wesson bersama suaminya pada 2018. Namun baru-baru ini, beliau telah bertemu dengan seorang pakar barangan antik iaitu Charlie Ross dalam sebuah rancangan temu bual popular TV, BBC Bargain Hunt.

Anak patung bernama George didakwa berpuaka, mata dan rambut diambil dari manusia

Di dalam rancangan tersebut, Marrie telah membawa bersama beberapa barangan pamerannya yang paling mengganggunya. Salah satu daripada barangan tersebut ialah George, anak patung yang kelihatan pelik sejak tahun 1930-an di Texas.

Setelah Marrie menunjukkan George, jelas raut wajah Charlie berubah seperti ketakutan akibat kehadiran anak patung tersebut. Ternyata, ada cerita seram disebalik pembuatan anak patung tersebut.

Menurut Charlie, George berasal dari zaman di mana orang membuat patung sedemikian rupa untuk mengenang orang yang mereka sayangi.

Rambut dan mata dari orang yang tersayang

Namun dalam kes George, orang yang membuatnya telah menggunakan rambut dan mata dari orang tersayang yang sudah meninggal.

“Ia datang kepada kami dari Texas dan pada masa itu, mereka akan membuat perkara seperti George untuk mengingati orang yang tersayang. Perbezaan yang ada dekat George ialah dia turut memiliki mata dan rambut dari orang tersayang,” kata Marrie dalam rancangan tersebut.

Anak patung bernama George didakwa berpuaka, mata dan rambut diambil dari manusia

Apabila ditanya berkenaan asal usul George, Marrie berkata bahawa keluarga orang yang memberi anak patung itu telah mengalami gangguan. Banyak perkara paranormal berlaku pada keluarganya sewaktu anak patung itu berada bersama mereka.

Justeru pemilik itu tidak mahukan anak patung ini lagi dan menyerahkannya kepada Marrie untuk dipamerkan di muzium.

“Mereka akan mula sakit kepala dan mata, jadi mereka membawanya ke beberapa medium dan nampaknya George mahu mata dan rambutnya kembali. Dia tidak boleh pergi tanpa rambut dan matanya,” tambah pemilik muzium itu.

Walaupun, semua perkara paranormal ini adalah mustahil untuk dibuktikan. Tetapi berdasarkan reaksi penonton, kebanyakan mereka lebih suka George kekal di Texas.

Baca Lagi:
Lelaki ini buat pengakuan jujur kenapa pilih jadi gelandangan, tak sangka ini pengakuanya…
Guna pengesan logam Shopee, lelaki temui emas bernilai RM1 juta
Lebuhraya NKVE akan ditutup sebahagian lorong selama 7 bulan, ini sebabnya pengguna perlu tahu
CATEGORIES