Guna pengesan logam Shopee, lelaki temui emas bernilai RM1 juta

Guna pengesan logam Shopee, lelaki temui emas bernilai RM1 juta

Guna pengesan logam Shopee, lelaki temui emas bernilai RM1 juta. Lelaki Australia yang ‘bersenjatakan’ pengesan logam bajet mendapat ‘durian runtuh’ apabila menemui batu seberat 4.6 kilogram (kg) mengandungi emas bernilai A$240,000 (kira-kira RM1 juta).

BBC melaporkan, lelaki itu yang tidak mahu namanya didedahkan menemui emas di Victoria yang juga nadi kepada lubuk emas Australia pada tahun 1800-an.

Darren Kamp yang menghargai dan membeli spesimen itu berkata, ia adalah yang terbesar pernah dilihatnya sepanjang kerjayanya selama 43 tahun.

Guna pengesan logam Shopee, lelaki temui emas bernilai RM1 juta

“Saya terkejut… ia adalah penemuan sekali seumur hidup,” katanya kepada BBC.

Kamp tidak terlalu memikirkannya apabila seorang lelaki yang memakai beg galas besar masuk ke kedainya di Geelong, yang terletak kira-kira sejam di barat daya Melbourne.

Biasanya orang datang dengan emas atau batu lain yang kelihatan seperti emas, kata Kamp.

“Tetapi, dia menarik batu ini keluar dan ketika dia meletakkannya ke tangan saya dia berkata, ‘Adakah anda fikir ada nilai A$10,000 (kira-kira RM44,000) di dalamnya?”
“Saya memandangnya dan berkata, ‘Cuba A$100,000’ (kira-kira RM440,000). Lelaki itu kemudian memberitahu, batu di tangan hanya separuh yang ditemukan,” katanya.

Batu seberat 4.6 kilogram (kg) itu mengandungi kira-kira 2.6 kg emas.

Selepas dinilai, Kamp membeli daripadanya.

Dia berkata, lelaki bertuah itu tidak sabar untuk membelanjakan wang itu untuk keluarganya.

“Dia berkata kepada saya, ‘Oh isteri akan gembira’,” katanya.

Walaupun penemuan seperti itu jarang berlaku, Australia dianggarkan mempunyai rizab emas terbesar di dunia, dan banyak emas terbesar di dunia ditemukan di Australia.

Baca Lagi:
Lelaki ini buat pengakuan jujur kenapa pilih jadi gelandangan, tak sangka ini pengakuanya…
Bahan masakan dan minuman ‘licin’ di pasaraya sebab Khairul Aming
3 kes ritual yang pernah berlaku di Malaysia sehingga ada nyawa yang terkorban
CATEGORIES