Amaran jangan tinggal kaca mata hitam punca kereta terbakar

Amaran jangan tinggal kaca mata hitam punca kereta terbakar

Amaran jangan tinggal kaca mata hitam punca kereta terbakar. Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire di Britain mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak meninggalkan kaca mata hitam di dalam kereta terutamanya di ruang yang terdedah kepada pancaran matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, sepasang kaca mata hitam yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta mencetuskan kebakaran dengan ruang dalaman kenderaan itu mencair.

Kaca mata itu memantulkan cahaya matahari yang menyebabkan papan pemuka serta ruang enjin terbakar.

Amaran jangan tinggal kaca mata hitam punca kereta terbakar

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire dipanggil ke lokasi kejadian pukul 5.05 petang (waktu tempatan) dan mengeluarkan amaran berkenaan kepada pemandu lain.

“Sila berhati-hati kerana ia (kaca mata) boleh mencetuskan kebakaran.

“Sebelum ini, kami memadamkan kebakaran berpunca daripada kaca mata yang dibiarkan di atas papan pemuka. Pastikan anda menjauhkan objek pemantul daripada pancaran matahari,” katanya.

Amaran tersebut menerima reaksi ramai pemandu di media sosial. Rata-rata mereka tidak menyedari tentang bahaya tersebut.

“Maklumat yang bagus. Tahniah kerana memberi amaran mengenai perkara ini dan memadamkan kebakaran,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tidak pernah tahu mengenai perkara ini,” ujar netizen lain.

Baca Lagi:
Video Kapten Kamaruddin jadi perhatian dunia, ‘ternganga mulut orang Langkawi tengok’
“Baru bekerja jadi jururawat hospital Kelantan, 2 kali kena kacau kerusi roda tiba-tiba bergerak sendiri”
“Macam-macam teori timbul”, akhirnya terjawab kenapa Ustaz Azhar Idrus tengok atas masa ceramah di masjid
CATEGORIES