‘Aku tersuka rakan sekerja pejabat tapi dia suami orang anak 5, bila aku teringin nak bersuamikan dia, aku terbayang isterinya yang setia jadi surirumah’

‘Aku tersuka rakan sekerja pejabat tapi dia suami orang anak 5, bila aku teringin nak bersuamikan dia, aku terbayang isterinya yang setia jadi surirumah’

‘Aku tersuka rakan sekerja pejabat tapi dia suami orang anak 5, bila aku teringin nak bersuamikan dia, aku terbayang isterinya yang setia jadi surirumah’. Assalamualaikum semua. Pertama sekali, mohon jangan kecam. Aku cuma meluahkan rasa. Mohon nasihat baik – baik. Aku wanita berkerjaya pertengahan 30-an. Tidak pernah bercinta. Namun tanpa sedar, aku tersuka rakan sekerja di pejabat aku.

Umurnya tua setahun sahaja daripada aku. Masalahnya, dia suami orang. Pada mulanya aku anggap itu mainan perasaan sebab rakan sekerja itu (aku namakan dia Shashimi) selalu ambil berat tentang aku. Kalau aku tak datang kerja sehari sebab MC, terus dia call aku tanya keadaan aku dalam nada suara yang sangat risau. Pendek kata, dia sangat caring dengan aku.

Bayangkanlah tiap – tiap hari jumpa, dan tiap – tiap dia buat aku bersemangat pergi kerja. Kadang – kadang atas meja aku mesti ada hadiah yang dia bagi. Kadang – kadang coklat, kadang – kadang kek. Aku sendiri pun confuse dengan sikap dia.

'Aku tersuka rakan sekerja pejabat tapi dia suami orang anak 5, bila aku teringin nak bersuamikan dia, aku terbayang isterinya yang setia jadi surirumah'

Aku persoalkan dalam hati, dia ni memang terlalu baik atau aku je syok sendiri? Aku selalu reset otak supaya stop sukakan Shashimi. Aku fikir, mungkin Shashimi rapat dan caring dengan aku sebab dia selesa dengan aku. Atau mungkin dia anggap aku ni macam adik atau kawan rapat dia.

Memang tak dinafikan, kami memang rapat. Kadang – kadang kalau hujung minggu berwhatsapp mesti ada aje bergurau senda. Kadang – kadang main spam sticker sampai senak perut gelak. Aku boleh katakan si Shashimi ni kelakar orangnya dan aku sangat terhibur dengannya.

Kalau di tempat kerja tu, ada aje idea si Shashimi ni nak menyakat aku. Dia suka benar mengusik. Jauh di sudut hati, aku nak dia. Aku teringin nak bersuamikan dia. Tapi apabila aku teringatkan wajah 5 orang anaknya, aku terus mati akal.

Aku terbayang pula wajah polos isterinya yang setia sebagai suri rumah sepenuh masa itu, terus aku jadi tak sampai hati nak goyahkan keluarga bahagia itu. Tapi apabila Shashimi terlalu caring dengan aku, rasa suka yang membuak – buak itu hadir kembali.

Pernah sekali aku sedih sebab kena marah di tempat kerja. Mata aku bergenang lalu menangis. Shashimi perhatikan aku. Aku pun lari keluar office untuk lepaskan perasaan kecewa dan sebak. Tiba – tiba Shashimi muncul di belakang aku. Dia tenangkan aku.

Jujur aku cakap, masa tu aku rasa nak je peluk dia. Nak je aku cakap, thanks for comforting me. Lagipun tempat aku duduk tu takde orang pun, memang tempat tersembunyi. Hanya ada kami berdua je. Tapi alhamdulillah aku masih ada iman, jadi aku masih w4ras.

Aku tak buat perkara pelik – pelik tu walaupun g0daan syaitan itu amat kuat. Kadang – kadang aku teringin nak tanya Shashimi, kenapa dia baik sangat dengan aku? Aku tahu Shashimi memang baik dengan semua orang, tapi kenapa baik dengan aku ni terlalu berlebihan?

Kebaikan dia tu buat aku salah faham. Kebaikan dia menyiksa jiwa aku dan membuatkan aku semakin suka dekat dia. Hujung minggu waktu cuti, hanya Allah je tahu betapa rindunya aku dekat dia. Sehari tak dengar suara dia, aku rasa macam takde semangat.

Tapi bila pergi kerja, akulah orang pertama yang dia akan tegur. Dan tindakan Shashimi itu cukup untuk buat aku energize everyday. Tapi Shashimi ni tak pernah post tentang keluarganya di media sosiaI dan story Whatsapp.

Gaya Shashimi ni kalau orang tak kenal, orang akan ingat dia bujang. Sebab dia jenis tak expose bini dan anak. Aku pun curious juga kenapa dia tak expose bini dia. Padahal kalau kami bergambar di tempat kerja, laju je Shashimi update story.

Adakah dia tak bahagia dengan isterinya? Tapi anak berderet sampai 5 orang. Atau dia jenis perahsia hal peribadi? entahlah. Salahkah aku menyukai Shashimi? Apa yang patut aku lakukan? Adakah aku kena cari lelaki lain untuk aku sukai?

Tapi sejujurnya, dah ramai lelaki aku cuba berkenalan. Tapi belum ada lelaki sebaik Shashimi. Hanya Shashimi yang memahami aku, menyenangkan hatiku dan sentiasa menyejukkan hatiku. Tapi aku tak nak jadi per4mpas. Tolong bagi cadangan. Terima kasih… – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Ariesha : Aku baru beranak satu, kak. Tapi s4kit dan penat aku jaga anak, Tuhan je tahu. Kau bayangkan isteri dia susah payah jaga 5 orang anak. Kau sanggup ke nak ani4ya orang macam tu? Buang perasaan kau jauh – jauh kak. Kau pun layak dapat yang lebih baik sebab aku tahu kau baik. Sebab tu masih ada serba salah dalam diri

Suraya Noora : I rasa u sendiri pun rasa tak selesa dengan keadaan ni , cuma syok sebab ada yang caring je. Bayangkan ada lelaki bujang yang layan u macam tu, i tak rasa u nak melayan suami orang. Jadinya, tak payah layan, u dah 30-an cukup matang nak menilai.

You tanya diri sendiri , desperate sangat ke sampai nak suka suami orang? Soalan ni nampak macam kasar, tapi kena jawab ikhlas. Bukan apa, nanti lain yang u bayangkan lain yang jadi. Kalau u sanggup terima akibat bermain dengan api, silakan…

Aku benci, malu nak kenal mak aku dekat suami. Perangai mak Nauzubillah. Ada sekali tangan aku naik ke muka mak

Baca Juga:
Ramai yang salah faham, perut berbunyi bukan sebab lapar, rupanya sebab ni..
‘Tak boleh angkat tangan dalam kelas?’- Ini 7 peraturan sekolah paling pelik yang ramai tak tahu
“Takut dengan bayang – bayang sendiri mungkin…”- Ini kisah suami yang kuat cemburu walaupun isteri keluar dengan anak
CATEGORIES