Ramai yang salah faham, perut berbunyi bukan sebab lapar, rupanya sebab ni..

Ramai yang salah faham, perut berbunyi bukan sebab lapar, rupanya sebab ni..

Ramai yang salah faham, perut berbunyi bukan sebab lapar, rupanya sebab ni.. Apabila anda sedang buat kerja, tidak kisahlah kerja di pejabat ataupun kerja assignment yang menimbun, pasti akan ada satu masa anda tiba-tiba rasa perut anda berbunyi.

Jika anda letak tangan anda di perut anda pada waktu itu, jangankan bunyi, anda sendiri boleh rasa seperti perut anda itu ada getaran yang kecil.

Biasanya, apabila ia berlaku anda akan terus berfikir bahawa anda sedang lapar kerana anda masih belum makan lagi.

Ramai yang salah faham, perut berbunyi bukan sebab lapar, rupanya sebab ni..

Tetapi, apa pula maksudnya sekiranya perut anda berbunyi selepas anda sudah makan? Kalau nak tahu, perut kita ini berbunyi bukan sebab lapar saja tau. Ada sebab-sebab lain ia akan berbunyi.

Berbunyi Selepas Makan
Jika perut anda berbunyi selepas anda makan, itu bukanlah bermaksud anda masih lapar dan perlu makan lagi. Sebenarnya perut kita juga akan berbunyi selepas makan.

Ia berbunyi kerana peristalsis ataupun otot dalaman anda yang sedang mengecut dan menolak makanan yang dimakan ke dalam usus kecil dan kemudiannya ke usus besar anda.

Proses ini juga mempunyai namanya sendiri iaitu borborygmus.

“Anggap perut ini sebagai sebuah mesin basuh. Makanan dan cecair akan dicampurkan bersama serta udara yang dihirup ketika kita sedang makan.
“Makanan, cecair dan udara ini akan melalui saluran penghadaman dan bunyi yang dikeluarkan adalah gabungan daripada proses itu,” kata Dr Ben Levy, seorang ahli gastroenterologi dari Universiti Perubatan Chicago.

Selain itu, perut juga akan berbunyi sekiranya anda rasa tertekan, tidak kiralah anda sudah makan ataupun belum.

Berbunyi Tanda Lapar

Mesti anda pernah mengalami perut berbunyi selepas saja anda menghidu bau makanan yang sangat menyelerakan, kan?

Untuk pengetahuan anda, apabila ia berlaku, otak anda sebenarnya memberi isyarat kepada perut anda untuk mengeluarkan hormon untuk anda mempunyai selera makan yang dipanggil ghrelin.

Hormon itu akan mengarahkan usus dan perut anda untuk mengecut. Jadi, bunyi yang anda dengar itu adalah bunyi organ-organ tersebut bergerak.

Sekiranya anda tidak lapar, makan seperti kubis, brokoli dan kangkung mungkin susah dicernakan oleh perut anda. Ia boleh membuatkan perut anda berbunyi walaupun anda sebenarnya tidak lapar.

Berbunyi Pada Waktu Malam
Jika perut anda berbunyi pada waktu malam, ia mungkin kerana anda tidak makan makanan yang mengandungi protein yang secukupnya untuk membuatkan anda rasa kenyang.

Ia juga berkemungkinan untuk berbunyi sekiranya anda makan besar sebelum anda tidur, lebih-lebih lagi sekiranya ia mempunyai lemak yang tinggi ataupun mengandungi alkohol yang banyak.

Kadang-kadang, akan mungkin mendengar proses borborygmus kerana keadaan sekiling anda yang amat senyap kerana ia sudah malam.

Sekiranya perut anda berbunyi, anda tidak perlu risau. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal untuk menandakan anda rasa lapar dan juga merupakan bunyi bagi proses penghadaman sedang berlaku.

Tetapi, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya bunyi perut anda itu diikuti dengan rasa sakit, kembung perut ataupun terdapat perubahan dalam pergerakan usus anda.

Perut anda juga mungkin akan berbunyi dengan kuat, tetapi bunyi yang kuat itu sebenarnya tidak membahayakan.

“Ia adalah bunyi daripada perut anda. Apabila kami meletakkan stetoskop di perut anda, kami sedang mendengar bunyi usus yang normal ataupun bunyi bernada tinggi yang bermaksud terdapat sesuatu dalam perut,” kata Dr Ben Levy.

Tetapi sekiranya perut anda berbunyi dan anda mengalami gejala seperti cirit-birit, loya, sakit perut atau pendarahan rektum, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Cara Hentikan Bunyi Perut

Kadang-kadang, sekiranya perut anda asyik berbunyi dan bunyinya agak kuat, anda mungkin akan rasa segan. Terdapat beberapa cara untuk anda hentikan atau mengurangkan bunyi perut ini.

Antaranya adalah, selepas anda makan, anda berjalan-jalan seketika. Anda tidak perlu melakukan senaman, sebaliknya anda hanya perlu untuk berjalan untuk membantu otot dalaman anda yang berbunyi apabila proses penghadaman bermula.

Seterusnya, anda perlu mengawal tekanan anda. Ambil masa untuk berehat, utamakan hal yang penting dan cuba menolak sesuatu kerja atau pelawaan itu jika perlu.

Selain itu, jika perut anda berbunyi kerana anda lapar, anda perlu makan. Sekiranya anda perlu menunggu waktu rehat untuk makan, anda bawalah makanan ringan yang mudah dimakan di tempat kerja anda.

Anda juga perlu sentiasa minum air dalam sehari itu dan minum air menggunakan penyedut minuman. Elakkan juga makanan yang menghasilkan gas yang berlebihan seperti minuman soda dan juga pengganti gula.

Makan dengan lebih perlahan, tidak perlu makan dengan laju. Apabila anda mengunyah makanan, pastikan anda menutup mulut anda ketika mengunyah.

Sekiranya anda merokok, anda perlulah berhenti merokok. Ia boleh dibantu oleh doktor. Akhir sekali, jangan minum air yang berlebihan ketika anda sedang bersenam.

Baca Juga:
Kenapa bas sekolah dicat warna kuning bukan warna lain? Ini sebabnya yang ramai belum tahu
Telefon lipat ternipis di dunia jadi perhatian ketika Agong & Permaisuri baca berita TV3, ini harganya buat ramai terkejut
Senarai 5 cili paling pedas di dunia mengikut turutan
CATEGORIES