Aksi Tepuk Punggung: Kak KM mohon maaf selepas dipanggil SKMM, janji tak buat lagi

69cf07a3 7ecb 4dc4 955b 17cb4406d073 e1655452688311

Aksi Tepuk Punggung: Kak KM mohon maaf selepas dipanggil SKMM, janji tak buat lagi.

Sususlan tular video aksi tepuk punggung antara empat usahawan terkenal baru-baru ini, salah seorang individu yang turut terlibat iaitu Kak KM memaklumkan dia sudah dipanggil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu di hadir ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan pada Rabu lalu dan proses soal siasat berlangsung selama lebih kurang tiga jam.

“Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

Aksi Tepuk Punggung: Kak KM mohon maaf selepas dipanggil SKMM, janji tak buat lagi

“Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.

“Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video goyang punggung bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.

Tindakan empat selebriti itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Dalam temu bual bersama mStar, Ifa Raziah berkata tindakan mereka itu sekadar hiburan dan gurauan bersama teman-teman.

Sementara itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini berkata dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.

Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.

“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.

“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” jelasnya.

SKMM dalam satu kenyataan sebelum membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Baca Lagi:

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

Kenderaan milik Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *