Sayu! Mayat dua pelajar lemas ditemui dalam keadaan berpelukan

Sayu! Mayat dua pelajar lemas ditemui dalam keadaan berpelukan

Sayu! Mayat dua pelajar lemas ditemui dalam keadaan berpelukan.

Selepas hampir 15 jam dikhuatiri lemas, mayat dua pelajar pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh akhirnya ditemui terapung dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain di Sungai Gong Dermin, Kubang Kerian di sini hari ini.

Mayat, Luqman Hakim Azman, 16, dan rakannya, Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi mereka mandi bersama sembilan rakan yang lain pada pukul 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat semasa memulakan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Sayu! Mayat dua pelajar lemas ditemui dalam keadaan berpelukan

Katanya, mayat, Luqman Hakim yang berasal dari Ketereh dan Muhammad Zul Hafiz dari Kemumin, Pengkalan Chepa di sini dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.19 malam semalam. Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ada dua pelajar pondok Terusan Limbat lemas di sungai berkenaan.

“Kedua-dua mangsa dikatakan keluar tanpa kebenaran pihak pondok bersama sembilan lagi rakannya untuk mandi di sungai itu,” katanya dalam satu kenyataanhari ini.

Mohd. Rosdi berkata, berdasarkan maklumat, kesemua remaja itu dipercayai kali pertama mandi di Sungai Gong Dermin kerana kedua-dua mangsa baru mendaftar di pondok berkenaan akhir bulan lalu.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan 11 pelajar lelaki sebuah pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh di sini mandi-mandi di Sungai Dermin petang semalam berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, salah seorang rakan mangsa, Abid Ataullah, 15, melihat rakan-rakannya sedang mandi di tebing sungai berkenaan sebelum Luqman Hakim dan Muhammad Zul Hafiz tiba-tiba menjerit dengan tangan melambai-lambai meminta pertolongan.

Menurutnya, menyedari dua rakan sudah hampir tenggelam, lapan lagi rakan yang berada di dalam air terus berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan diri.

Baca Lagi:

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

Kenderaan milik Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan

MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

CATEGORIES