Aksi nenek tua tangkap ular sawa gergasi guna tangan kosong kejutkan orang ramai

grandmother snake

Aksi nenek tua tangkap ular sawa gergasi guna tangan kosong kejutkan orang ramai.

Seorang nenek yang tinggal di wilayah Isaan, Thailand menjadi terkenal kerana mampu menangkap ular bersaiz besar hanya menggunakan tangannya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Prakuad ‘Own’ Pasomsi, 67, dipuji penduduk sebagai penyelamat selepas berjaya menangkap ular sawa terbesar yang pernah ditangkapnya setakat ini.

Warga emas itu hanya menggunakan tangannya untuk menangkap ular ketika menjalankan aktiviti tersebut sejak tiga tahun lalu.

Aksi nenek tua tangkap ular sawa gergasi guna tangan kosong kejutkan orang ramai

Prakuad yang lebih dikenali sebagai Own berkata, kebiasaannya, dia akan menangkap ular tidak berbisa dan menghubungi pasukan penyelamat untuk mengambilnya bagi dilepaskan di tempat yang sesuai.

Tambahnya, dia tidak takut akan ular. Walaupun pernah dipatuk sebanyak dua kali, Own mengakui bahawa ia tidak menyakitkan.

Tambah Own, jirannya sering meminta bantuannya jika mereka menemui ular. Dia juga bersedia untuk membantu mereka dan tidak pernah meminta wang sebagai balasan.

Jiran-jiran Own juga kebiasaannya akan memanggilnya sebagai ‘penyelamat komuniti’.

Baca lagi: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer

Isu Pensyarah hina golongan B40, Menteri minta UiTM beri penjelasan

[VIDEO] Bapa berang lempang pemandu van setelah anak mengadu sering disentuh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.