Pocong naik MRT sampai tertidur

Pocong naik MRT sampai tertidur

Pocong naik MRT sampai tertidur. Gelagat seorang lelaki berpakaian seperti hantu bungkus atau pocong sedang menaiki Transit Aliran Massa (MRT) mencuit hati pengguna media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan ‘pocong’ tersebut sedang duduk sambil tersengguk-sengguk kerana mengantuk.

Kejadian itu mengundang rasa lucu dan menyebabkan seorang pengguna TikTok @xyzlvyou merakam kejadian berkenaan.

Pocong naik MRT sampai tertidur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat individu yang memakai kostum ‘pocong’ itu.

@xyzlvyouSaya suka sound ni🧏🏻‍♀️comel je pocong ngantuk

♬ wau alamak – harris

“Pocong ni mesti dah penat melompat kan,” komen Luvley Tacha.
“Sepatutnya tanya dekat dia (pocong), sentuh ‘gate’ macam mana? ke main melompat,” seloroh Wewe.
“Cuba kau pergi tanya ‘pocong’ tu, okey ke tak okey,” komen seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Zul.

Video tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 35,000, 2,855 tanda suka dan 21 komen.

Baca Lagi:
ADUN PAS Hanafiah Mat kemalangan di LPT
Sultan Ibrahim mula bersuara isu gerakan tumbang kerajaan Madani
Siti Bainun menangis dihantar ke Penjara Kajang selama 12 tahun
CATEGORIES