Penduduk kampung panik 7 jam tanak nasi kenduri tak masak-masak

Penduduk kampung panik 7 jam tanak nasi kenduri tak masak-masak

Penduduk kampung panik 7 jam tanak nasi kenduri tak masak-masak. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi panik penduduk sebuah kampung apabila nasi yang ditanak di dalam periuk selama tujuh jam tidak masak, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @b_law_office.

Menurut pemilik akaun, penduduk keliru apabila nasi kenduri yang ditanak di dalam tiga periuk besar hampir seharian masih tidak masak walaupun api dinyalakan sudah besar.

Penduduk kampung panik 7 jam tanak nasi kenduri tak masak-masak

Mereka kemudian melakukan pelbagai ikhtiar untuk memasak nasi tersebut seperti meletakkannya di atas dapur gas dan memasukkan air panas, tetapi masih gagal.

Sebilangan mereka mendakwa penyebab nasi itu tidak masak adalah kerana gangguan jin.

Akhirnya, mereka dibantu seorang lelaki bernama Pak Yai Zainudin yang menggunakan ‘ikhtiar tradisional’. Nasi itu akhirnya masak selepas sejam ditanak semula.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Percaya atau tidak, ia turut berlaku di tempat saya” komen seorang netizen.
@bb_law_office Masak hampir sehari tidak bisa matang karena diganggu Jin #budayajawa #jin #tahayul #sesajen #pernikahan #pesta ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Baca Lagi:
ADUN PAS Hanafiah Mat kemalangan di LPT
Sultan Ibrahim mula bersuara isu gerakan tumbang kerajaan Madani
Ramai rakyat Malaysia tak tahu, lelaki ini bongkar rahsia kenapa ada 1 tingkat di KLCC terpaksa dikosongkan
CATEGORIES