Nyaris maut, aksi telan pedang penghibur jalanan gagal

Nyaris maut, aksi telan pedang penghibur jalanan gagal

Nyaris maut, aksi telan pedang penghibur jalanan gagal. Seorang penghibur jalanan di Edinburgh, Scotland cedera parah dan hampir menemui ajal selepas melakukan kesalahan semasa melakukan aksi menelan pedang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Gareth Williams atau lebih dikenali sebagai The Mighty Gareth minggu lalu dikejarkan ke hospital apabila aksi menelan pedang yang telah dilakukan selama 30 tahun itu tidak berjalan seperti dirancang.

Williams dilaporkan mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman, tetapi kini sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Nyaris maut, aksi telan pedang penghibur jalanan gagal

Bagaimanapun, dia berdepan tempoh pemulihan yang panjang selain diberitahu oleh doktor bahawa aksi menelan pedang itu perlu dihentikan.

Rakan penghibur jalanan Williams, Mat Keys menubuhkan tabung GoFundMe untuk membantu lelaki tersebut selepas dia kehilangan sumber pendapatan.

“Williams adalah festival, sarkas dan penghibur jalanan yang sangat berpengalaman. Dia telah menelan pedang lebih 3,000 kali, tetapi berlaku kesalahan dalam pertunjukan minggu lalu yang hampir membunuhnya. Dia mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman yang teruk.
“Dia menghabiskan tempoh seminggu di hospital dan kini dibenarkan pulang tetapi sedang menjalani pemulihan. Doktor berkata bahawa dia kini tidak dapat melakukan aksi menelan pedang lagi,” tulis Keys di laman pengumpulan dana itu.

Selain menelan pedang, Williams juga melakukan aksi memakan api, silap mata dan aksi jugel berbahaya menggunakan barangan seperti gergaji rantai.

Baca Lagi:

Kroni Tun Dr Mahathir, Tan Sri Lee Kim Yew diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Shah Alam

Gadis curi duit dalam akaun bank kawan, siap keluarkan duit beli iPhone 14 Pro Max akhirnya ditahan

 

CATEGORIES