Pekerja ‘Starbucks’ kecewa dipecat hanya kerana lewat 3 minit
Pekerja ‘Starbucks’ kecewa dipecat hanya kerana lewat 3 minit.
Seorang pekerja Starbucks yang sudah bekhidmat selama hampir tujuh tahun meluahkan kekecewaan apabila diberhentikan hanya kerana terlewat tiga minit ke tempat kerja.
Joselyn Chuquillanqui, 28, yang bekerja sejak 2015 sebagai penyelia berkata, selain isu kelewatan bagi syif pagi semasa pukul 5.30 pagi (waktu tempatan), majikannya turut memberi alasan kecuaian.
“Saya tidak pernah melihat mana-mana pekerja dipecat kerana lewat lima minit ke tempat kerja.
“Julai lalu, pengurus tuduh saya hilangkan kunci kedai, tetapi akhirnya kunci tersebut dijumpai dalam kedai,” luahnya.
Bagaimanapun, Starbucks yang memiliki hampir 9,000 premis di Amerika Syarikat menafikan tindakan pemecatan tersebut.
Syarikat itu menjelaskan pihaknya menghormati hak setiap pekerja.
Wanita itu sangat mencintai pekerjaannya sebagai barista yang memberikan dia kelonggaran untuk menjaga anak saudara perempuannya.
Menjelang musim sejuk nanti, Chuquillanqui berkata, dia berusaha mengajak rakan sekerjanya di New York untuk menyertai kesatuan buruh akibat kecewa dengan pendirian syarikat itu.
Difahamkan, seramai 220 kakitangan dari rangkaian kedai kopi popular dari seluruh AS menyatakan persetujuan.
Sebelum ini, lebih 75 aktivis kesatuan sekerja dipecat dan beberapa kedai ditutup kerana pihak syarikat beranggapan gerakan itu mengganggu operasi syarikat.
Baca Lagi:
Zizie Izette muat naik foto ‘berpakaian tapi telanjang’, netizen perasan sesuatu
Tahukah anda, Malaysia dah ada ‘Haunted Drive Thru’ di Melaka, ramai teruja nak pergi
Gempar! Fenomena aneh, ikan bilis bermata biru naik ke darat di Pangkor