79 anggota polis jadi tebusan orang asli

79 anggota polis jadi tebusan orang asli

79 anggota polis jadi tebusan orang asli. Sekumpulan pegawai polis dan pekerja ladang minyak yang dijadikan tebusan ketika rusuhan di wilayah Caqueta, selatan Colombia sudah dibebaskan.

Presiden Gustavo Petro, berkata beliau sebelum ini memohon 79 pegawai polis dan sembilan pekerja Emerald Energy itu supaya dilepaskan.

Susulan pembebasan tebusan, Petro menyeru penyiasat untuk mencari mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian seorang pegawai polis dan orang awam yang terbunuh semasa insiden itu.

79 anggota polis jadi tebusan orang asli

Keganasan meletus pada Khamis lalu selepas penduduk menyekat pekarangan sebuah syarikat cari gali minyak.

Mereka menuntut bantuan untuk membina jalan raya di kawasan berkenaan.

Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Alfonso Prada berkata, mereka terbunuh adalah disebabkan tembakan.

Kebanyakan penunjuk perasaan adalah penduduk luar bandar dan orang asli yang mahu Emerald Energy membina infrastruktur jalan baharu di sekitar kawasan San Vicente del Caguan.

Polis berkata, pecahan kumpulan penentang pemberontak Farc yang menolak perjanjian damai 2016 hadir di wilayah itu dan mungkin mencetuskan pergolakan.

Bagaimanapun, usaha Reuters mendapatkan syarikat minyak itu tidak berhasil apabila wakilnya enggan menjawab apabila diminta untuk mendapatkan ulasan.

Bantahan di kawasan berhampiran tenaga dan operasi perlombongan di Colombia adalah perkara biasa kerana masyarakat menuntut syarikat membina infrastruktur termasuk jalan raya dan sekolah.

Baca Lagi:
Guan Eng dedah pernah diugut pecat 3 kali dengan Tun M semasa jadi Menteri Kewangan
5 cara buat duit 7 angka di TikTok tanpa perlu ada produk sendiri
Kisah suami isteri kira duit depan kedai nak beli baju anak, bila nak bayar terkejut cashier cakap macam ni
CATEGORIES