“Rezeki datang pelbagai cara”, pekerja terima bonus selepas pulangkan duit pelanggan

“Rezeki datang pelbagai cara”, pekerja terima bonus selepas pulangkan duit pelanggan

“Rezeki datang pelbagai cara”, pekerja terima bonus selepas pulangkan duit pelanggan. Seorang pengusaha restoran sanggup memberikan bonus kepada salah seorang pekerjanya kerana berlaku jujur selepas menjumpai satu sampul berisi wang kertas.

Menerusi perkongsian Min Aina Seafood di Facebook, dia akui bersyukur mempunyai pekerja yang jujur selain dapat memulangkan semula wang tersebut kepada pemiliknya.

"Rezeki datang pelbagai cara", pekerja terima bonus selepas pulangkan duit pelanggan

“Rezeki saya dapat pekerja yang jujur. Dia terjumpa sejumlah duit dalam sampul dan terus berikan pada saya. Nasib baik tempat yang dia jumpa berdekatan dengan meja yang pelanggan ‘book’ (tempah).

“Terus saya hubungi pelanggan itu dan bertanyakan ada tak ahli keluarganya nama sekian-sekian. Dia kata ada dan terus bagi nombor keluarganya kepada saya.

“Alhamdulillah, setelah ditanya jenis dan warna sampul, dia dapat jawab dengan tepat. Baru dia sedari sampul tersebut hilang dari poket,” katanya dalam hantaran itu, semalam.

Tambahnya, sebagai penghargaan, dia akan memberikan bonus dalam bentuk wang tunai kepada pekerjanya itu sebagai tanda terima kasih atas kejujurannya.

Baca Lagi:
Guan Eng dedah pernah diugut pecat 3 kali dengan Tun M semasa jadi Menteri Kewangan
Kisah suami isteri kira duit depan kedai nak beli baju anak, bila nak bayar terkejut cashier cakap macam ni
5 cara buat duit 7 angka di TikTok tanpa perlu ada produk sendiri
CATEGORIES