3 orang mati selepas makan ‘dumpling’ siput

Photo of author

By Joe

3 orang mati selepas makan ‘dumpling’ siput. Tiga orang telah meninggal dunia, manakala sembilan lagi mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan ladu berisi daging siput di Taiwan, lapor portal berita Must Share News hari ini.

Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan ladu yang dipenuhi dengan daging siput, rebung, daging babi, dan tepung.

Seorang penduduk menyatakan bahawa mangsa yang bernama Liu telah membuat hidangan tersebut dan memakannya kelmarin.

3 orang mati selepas makan 'dumpling' siput

“Dia kemudian mengalami keracunan makanan dan disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.
“Rakan dan saudara-mara mangsa berkumpul di rumahnya untuk pengebumian. Mereka juga disajikan dengan ‘hidangan maut’ ini,” katanya.
3 orang mati selepas makan 'dumpling' siput

Menurut pihak polis, siasatan awal mendapati siput itu disediakan oleh seorang lelaki.

“Suspek mendakwa bahawa siput tersebut dikutip dari tanah ladang. Dia telah ditahan untuk disoal siasat, manakala baki ladu dan bahan-bahannya diambil untuk siasatan lanjut,” kata polis.

Baca Lagi:
“Dari kecil ibu buat aku macam orang gaji, sekarang baru aku tahu yang aku anak luar nikah”
Jenama Malaysia ini kena ‘claim’ milik Indonesia sebab terlalu popular
Wanita jadi ibu tunggal sekelip mata tak sempat merasa duit KWSP suami RM400k, rupanya ibu mentua diletak sebagai penama