Zamsaham ‘left’ group WhatsApp pasukan bola Kelantan FC

Zamsaham ‘left’ group WhatsApp pasukan bola Kelantan FC

Zamsaham ‘left’ group WhatsApp pasukan bola Kelantan FC. Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih mesra disapa Zamsaham bertindak meninggalkan group Whatsapp pasukan setelah didesak untuk menyelesaikan tunggakan pemain dan pegawai.

Menurut perkongsian salah seorang pemain tengah iaitu Syed Sobri Syed Mohd di laman Instagram, beliau dan rakan sepasukan meminta agar Zamsaham segera menyelesaikan tunggakan gaji.

Akan tetapi, pemilik kelab itu tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai desakan yang diberikan kepadanya dan kemudian meninggalkan group Whatsapp pasukan.

Zamsaham 'left' group WhatsApp pasukan bola Kelantan FC

“Nak ‘left’ pun biar laa selesai sisa baki kaki bual itu. Belum selesai apa-apa dah keluar. Orang nak pegang bola dia pun nak pegang bola, ‘lakar-lakar’ (kelakar) ‘owner’ ini seorang,” tulis Syed Sobri.

Zamsaham 'left' group WhatsApp pasukan bola Kelantan FC

Minggu lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa kegagalan pihak pengurusan TRW Kelantan untuk menghantar dokumen sah kepada badan induk itu pada masa ditetapkan menyaksikan mereka tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2024/25.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan badan penganjur bola sepak negara itu, kelab Pantai Timur terbabit sudah menghantar dokumen menunjukkan mereka sudah berusaha menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Zamsaham 'left' group WhatsApp pasukan bola Kelantan FC

Namun, semakan terhadapnya mendapati beberapa pemain serta staf pasukan masih belum menerima bayaran, sekaligus membuktikan masalah berkenaan masih belum diselesaikan.

Setelah gagal menyelesaikan Langkah Pertama dan Langkah Kedua pada 30 November 2023 dan 31 Disember 2023, maka Kelantan gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super musim 2024 – 2025.

Bagaimanapun Kelantan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari 2024 sebelum jam 5:00 petang terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Baca Lagi:
Rupanya ini sebab kenapa babi dijadikan tabung duit
‘Macam haiwan buang najis merata’ – Wanita dipercayai pelancong China ‘berak’ tengah jalan di Cameron Highland
“Hanya mampu tengok je lah”, ini senarai 5 pakej kapal persiaran paling mewah dan mahal di dunia
CATEGORIES