Wanita tersimbah sup panas, lori terbabas langgar gerai

Wanita tersimbah sup panas, lori terbabas langgar gerai

Wanita tersimbah sup panas, lori terbabas langgar gerai.

Seorang wanita melecur pada dada dan belakang badan akibat tersimbah sup panas selepas gerai makannya dirempuh lori yang terbabas di Jalan Batu Balai-Chuchoh Puteri dekat Kampung Kenor, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika lori dinaiki lelaki berusia 55 tahun bersama anaknya, 17, dalam perjalanan dari arah Telekong untuk pulang ke rumah mereka di Batu Balai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, lori terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar dua gerai.

Katanya, seorang wanita berusia 31 tahun yang kebetulan berada di dapur dan sedang memasak sup, tidak sempat melarikan diri menyebabkan sup panas itu terkena bahagian badannya.

“Akibat rempuhan itu, wanita terbabit mengalami melebur sembilan peratus pada badan, manakala pemandu lori luka pada dahi dan terseliuh bahu kiri. Anaknya pula cedera pada bahu kanan.

Wanita tersimbah sup panas, lori terbabas langgar gerai

“Semua mangsa di hantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya.

Suzaimi berkata, siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lori kerana gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas melanggar dua gerai makan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Lagi:

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji

Kenderaan milik Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan

MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

CATEGORIES