Wanita Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berbogel ambil gambar depan pokok ‘suci’ di Kuil

siakap keli article cover 1652010418 740x386 1 e1652068088500

Wanita Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berbogel ambil gambar depan pokok ‘suci’ di Kuil.

Seorang wanita berbangsa Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berdiri di depan sebatang pokok ‘suci’ di sebuah kuil di Indonesia dalam keadaan bogel baru-baru ini, lapor Oke Travel.
Menurut Oke Travel, wanita tersebut yang merupakan pengajar senaman yoga melakukan aksi sedemikian di sebuah kuil yang terletak di Banjar Bayan, Desa Tua dalam Wilayah Marga di Bali.

Berdasarkan foto yang tersebar itu, kelihatan wanita tersebut berdiri dalam gaya yang agak tidak senonoh tanpa seurat benang yang jelas mencemarkan ‘kesucian’ pokok tersebut – dipercayai melibatkan kepercayaan penduduk setempat.

Wanita Rusia dikecam teruk selepas 'selamba' berbogel ambil gambar depan pokok 'suci' di Kuil

Difahamkan, aksi tidak senonoh wanita warga Rusia itu menyebabkan penduduk setempat di kawasan itu mengecam tindakannya, sehinggalah akhirnya dia terpaksa ‘menyerah diri’ kepada polis.

Bagaimanapun setelah itu, dia sekali lagi memuat naik sekeping foto lain di Instagram memperlihatkan dirinya yang melakukan ritual ‘penghormatan’ di depan pokok tersebut dalam keadaan yang lebih sopan dan berpakaian lengkap.

Wanita Rusia dikecam teruk selepas 'selamba' berbogel ambil gambar depan pokok 'suci' di Kuil

Selepas mendapat kecaman yang hebat, wanita itu akhirnya memohon maaf kepada rakyat Indonesia terutamanya warga Bali secara terbuka atas perbuatan tidak senonohnya itu.

“Saya mohon maaf kepada seluruh masyarakat Bali dan Indonesia, saya menyesali perbuatan saya. Saya sangat malu, saya tidak bermaksud menyinggung anda dengan cara apa pun.

“Sama sekali (saya) tidak ada pengetahuan tentang tempat ini. Saya baru berdoa di bawah pokok dan terus pergi ke pejabat polis untuk menjelaskan kejadian ini dan meminta maaf,” katanya pada ruangan kapsyen.

Menurut Oke Travel, salah seorang orang asli di sana mendakwa, wanita itu berbuat demikian adalah kerana untuk penggambaran foto yang ingin dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Baca Lagi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.