Wanita nekad curi motosikal di showroom, akhirnya jatuh dalam parit

Wanita nekad curi motosikal di showroom, akhirnya jatuh dalam parit

Wanita nekad curi motosikal di showroom, akhirnya jatuh dalam parit.

Seorang wanita di Riau, Indonesia nekad mencuri sebuah motosikal dari kedai pengedar motosikal terpakai, namun drama kecurian itu berakhir dengan dia jatuh ke dalam sebuah parit, lapor laman berita Suara.com.

Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.

Wanita itu melangkah masuk ke dalam premis seorang diri menuju ke deretan motosikal. Dia segera menghampiri sebuah motosikal lalu mencurinya dalam masa hanya beberapa saat.

Selepas sejam, akaun Instagram itu memuat naik satu video lain memaparkan wanita berkenaan terjatuh di dalam parit bersama motosikal tersebut.

Wanita itu memakai pakaian yang sama, manakala rambut dan bajunya kelihatan basah dan kotor.

Motosikal tersebut terbaring di dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit. Dua lelaki kelihatan cuba mengangkatnya.

Kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebelum masuk penjara, masuk parit dulu,” komen seorang netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

Baca Lagi:

Ini keadaan Rosmah Mansor sekarang selepas Najib dipenjara

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Tindakan bijak lelaki ni tukar RXZ dengan tanah lot di puji, rupanya ini luas tanah yang dia dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published.