(Video) Steady Paklong menyelam dalam lubang najis, repair saluran tersumbat, “ramai puji, bukan ada yang sanggup buat macam tu”

(Video) Steady Paklong menyelam dalam lubang najis, repair saluran tersumbat, "ramai puji, bukan ada yang sanggup buat macam tu"

(Video) Steady Paklong menyelam dalam lubang najis, repair saluran tersumbat, “ramai puji, bukan ada yang sanggup buat macam tu”.

Gelaran adiwira atau hero pastinya paling sesuai untuk seorang lelaki bergelar bapa.

Begitulah hebatnya pengorbanan ketua keluarga ini yang gigih mencari rezeki setiap hari untuk keluarga.

(Video) Steady Paklong menyelam dalam lubang najis, repair saluran tersumbat, "ramai puji, bukan ada yang sanggup buat macam tu"

Tidak kiralah sama ada pekerjaan yang dilakukan susah atau senang, apa yang penting adalah kesanggupan yang ditunjukkan demi memenuhi kehendak dan keperluan di rumah.

@mankasim_

steady paklong menyelam dalam lubang najis. repair saluran tersumbat #fyp #foryoupage #viral

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Menerusi perkongsian seorang pengguna di media sosial, seorang lelaki dilihat sanggup menyelam ke dalam sebuah saluran najis yang dipercayai tersumbat.

Sebagaimana yang kita ketahui, proses dan kerja-kerja membersihkan saluran kumbahan bukanlah satu kerja mudah.

Lelaki tersebut perlu masuk ke dalam air najis yang menjijikkan serta menggelikan untuk mencari benda asing dalam takungan tersebut.

Menurut kasyen yang ditulis pada video itu, pakcik berkenaan dikenali sebagai Pak Long.

“Steady Pak Long menyelam dalam lubang najis. Baiki saluran tersumbat,” tulis pengguna TikTok tersebut.

Melihat pada video berdurasi 15 saat itu, Pak Long pada awalnya masuk ke dalam saluran dengan bantuan hos paip.

Beberapa saat kemudian, dia menenggelamkan dirinya dipercayai untuk membetulkan semula sistem kumbahan yang sudah tersumbat.

Malah, pelayar tersebut juga memuat naik satu lagi video menunjukkan diri Pak Long dalam keadaan kotor dan basah dipercayai selepas menyelam dalam tangki tersebut.

(Video) Steady Paklong menyelam dalam lubang najis, repair saluran tersumbat, "ramai puji, bukan ada yang sanggup buat macam tu"

Tangkap layar komen beberapa netizen di TikTok.

“Semangat demi keluarga,” tulisnya dalam video kedua tersebut.

Susulan video yang menjadi tular, warga maya memuji kecekalan Pak Long yang disifatkan berjiwa kental kerana mampu melakukan kerja yang tidak ingin dilakukan oleh orang lain pada masa ini.

“Sungguh kuat semangat pakcik ini. Hebat daripada apa yang kita lihat.

“Ya Allah kerja tak setimpal dengan gaji. Semoga pakcik dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

“Tu pengorbanan kalau tak orang tak tahu. Yang tahu minta duit saja dengan mak bapa tak tahu susah payah mereka macam mana.

“Kerja yang tak semua orang boleh buat. Satu dalam sejuta. Gaji 10K pun belum tentu ada yang mahu. Steady Pak Long.

“Ya Allah tak semua orang mampu buat kerja yang macam pakcik ni buat. Semoga Allah panjangkan umur, sihat selalu, diluaskan rezeki seluas lautan,” demikian antara komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, netizen turut prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan lelaki sudah lanjut usia itu yang bekerja tanpa sebarang perlindungan.

(Video) Steady Paklong menyelam dalam lubang najis, repair saluran tersumbat, "ramai puji, bukan ada yang sanggup buat macam tu"

Netizen bimbang keselamatan Pak Long yang tidak memakai sut perlindungan ketika melakukan kerja.

“Sepatutnya sediakan coveral uniform untuk sewage treatment. Pakcik ni boleh terdedah dengan penyakit berbahaya. Moga dimurahkan rezeki.

“Mana safety abang? Tolonglah bagi peralatan keselamatan cukup-cukup. Pakcik tu insan bukan haiwan,” komen netizen lagi.

Untuk rekod, perkongsian tersebut meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan di TikTok setelah dimuat naik oleh pelayar Man Kasim_.

Baca Juga : 

Terjumpa duit bernilai RM150 ribu dalam almari, tindakan pekerja syarikat pindah barang ini buat netizen terkejut

2 beradik dirogol dan dibunuh, mayat digantung atas pokok

Suami bakar isteri dan anak selepas kantoi tengok video lucah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *