Unik! Minyak masak dijual seperti di stesen minyak, netizen Malaysia teruja

339fbfba 8af1 44fc 8385 e7febb478e2c e1655083450395

Unik! Minyak masak dijual seperti di stesen minyak, netizen Malaysia teruja.

Stesen minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijual ialah petroleum atau minyak diesel.

Dispenser bahan api digunakan untuk mengepam petroleum, diesel, CNG, CGH2, HCNG, LPG, LH2, bahan api etanol, bahan api bio seperti biodiesel, kerosin, atau bahan api jenis lain ke dalam kenderaan.

Walau bagaimanapun, lain pula caranya di negara jiran kita. Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan minyak masak dikeluarkan melalui tangki yang mirip seperti stesen minyak yang menjual diesel dan petrol!

Unik! Minyak masak dijual seperti di stesen minyak, netizen Malaysia teruja

Kejadian dipercayai berlaku di Mesuji Lampung. Dalam video yang dimuat naik oleh @izamcashcreditt, seorang lelaki sedang memicit nozel pam untuk mendapatkan minyak masak.

Lelaki itu turut dilihat fokus memenuhi beg plastik yang dibawanya dengan minyak masak. Bukan satu sahaja beg plastik, malah banyak lagi yang telah diisinya lalu diletakkannya ke dalam beg raga berwarna ungu.

Sungguh unik dan tidak pernah dilihat di mana-mana negara meskipun Malaysia, membuatkan orang ramai teruja melihat perkara tersebut!

Mana taknya, cara minyak masak itu dijual tidak jauh beza dengan perkhidmatan membeli bahan api di mana-mana negara.

Di satu stesen tersedianya dua pam berlainan warna dan orang ramai dikehendaki menekan papan kekunci nombor di situ yang mungkin digunakan untuk memasukkan jumlah minyak masak yang diinginkan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen akui idea bernas itu boleh dicontohi oleh negara lain kerana dapat memudahkan orang ramai.

@izamcashcredittkbh di lakoni boss.

♬ DJ Bbhm Rihana By DJ Opus – DJ Opus

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

photo 2022 06 12 16 38 04

photo 2022 06 12 16 38 09

photo 2022 06 12 16 38 11

photo 2022 06 12 16 38 14

photo 2022 06 12 16 38 17

Baca Lagi:

9 lelaki belasah 2 wanita sampai lunyai di restoran dicekup polis

3 sekawan menyelam macam ikan tanpa tabung oksigen, terjumpa sesuatu dalam laut

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *