Uji ketahanan jaket kalis peluru bertukar tragedi, remaja maut ditembak rakan sendiri

f11ec6f3 7331 4038 af60 55d3fd7123ee

Uji ketahanan jaket kalis peluru bertukar tragedi, remaja maut ditembak rakan sendiri.

Gara-gara saling berbalas tembakan, percubaan uji jaket kalis peluru sekumpulan remaja akhirnya bertukar tragedi apabila salah seorangnya maut ditembak, lapor Daily Mail.

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tragis libatkan tiga remaja itu yang berlaku di Bandar Belleview, US pada Ahad baru-baru ini.

“Mangsa cedera parah dengan kesan tembakan ketika ditemui di halaman rumah tempat mereka melepaskan tembakan.

“Dia dikejarkan ke hospital berhampiran dengan tempat tinggal sebelum disahkan meninggal dunia pada hari yang sama,” maklum pihak polis dalam satu kenyataan, memetik Daily Mail.

Uji ketahanan jaket kalis peluru bertukar tragedi, remaja maut ditembak rakan sendiri

Segalanya bermula dengan jaket kalis peluru

Pada awalnya, suspek (pelaku) yang berusia 17 tahun membawa jaket kalis peluru dan senjata dipercayai pistol ke lokasi kejadian untuk menguji ‘ketahanan’ perisai itu.

Ketika itu, suspek memakai jaket kalis peluru berkenaan dan menyerahkan pistol kepada mangsa.

Difahamkan, mangsa menembak ke arah badan suspek yang dilindungi perisai tersebut sebanyak satu das tembakan, namun tiada apa-apa yang berlaku.

Kemudian, suspek ‘bertukar tangan’ apabila jaket kalis peluru tersebut ditanggalkan dan diserahkan kepada mangsa, manakala pistol pula berada di genggamannya.

Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah badan mangsa sebanyak empas das tembakan, namun tembakan ‘suka-suka’ tersebut akhirnya bertukar tragedi.

Mangsa yang lengkap berperisai itu akhirnya cedera parah selepas ditembak sebanyak empat kali.

Dalam masa sama, seorang lagi rakan suspek yang berada di situ tidak ‘bermain’, namun hanya berdiri berhampiran mereka dan menyaksikan kejadian itu.

Bagaimanapun ketika itu, seorang remaja 18 tahun muncul di lokasi kejadian dan bertindak pantas merakam insiden tersebut sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

“Apakah ada orang pernah ditembak ketika berpakaian jaket kalis peluru?” kata remaja tersebut dalam video rakamannya.

Akhirnya suspek bersama rakannya yang tidak ‘bermain’ pistol itu telah ditahan polis beberapa hari kemudian bagi membantu siasatan.

Kenyataan bercanggah kepada pihak polis
Pihak polis menerima kenyataan kes daripada kedua-dua saksi kejadian, iaitu rakan suspek dan remaja yang merakam video tragedi tersebut.

Pada awalnya, rakan suspek cuba berdalih dengan menuduh bahawa rumah dan rakannya (mangsa) telah ditembak tepat di bahagian dada oleh remaja saksi perakam video berkenaan.

Bagaimanapun tuduhan tersebut dinafikan saksi berkenaan menerusi rakaman video kejadian yang dirakamnya sendiri.

Suspek akhirnya didakwa atas kesalahan membunuh kanak-kanak (mangsa berusia 16 tahun) dengan senjata api, manakala rakannya didakwa atas kesalahan memberi maklumat palsu kepada pihak berkuasa.

Baca Lagi:

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Selepas ditangkap hina islam, penulis bertaubat tak mahu lagi tulis pasal islam

Dunia islam telah kehilangan seorang Ulamak hebat yang mengislamkan 100000 ribu orang, bina 401 buah Masjid

Leave a Reply

Your email address will not be published.