Tular video ular gergasi lintas jalan raya

Tular video ular gergasi lintas jalan raya

Tular video ular gergasi lintas jalan raya. Tular satu video memaparkan kehadiran seekor ular sawa dengan saiz agak besar dengan panjang luar biasa yang dilihat menyusur melintas sebuah jalan pada waktu malam.

Menerusi info yang dikongsikan bersama klip tersebut, ia mendakwa bahawa kejadian itu berlaku di Sungai Rambai, Jasin, Melaka.

Bagaimanapun, hasil carian dilakukan kami di internet mendapat bahawa maklumat dikongsikan dengan video yang tular sejak Jumaat itu adalah tidak tepat.

Tular video ular gergasi lintas jalan raya

Ini kerana klip yang merakamkan kehadiran reptilia dengan saiz luar biasa itu sudah dimuat naik di media sosial sejak Ogos tahun lalu.

Malah lokasi penemuan ular sawa tersebut juga difahamkan berlaku di sebuah taman negara yang terletak di Uganda.

“Pengalaman pengembaraan waktu malam di Taman Negara Queen Elizabeth (Uganda),” tulis hantaran video tersebut yang dibuat di akaun Facebook, NGONI Safaris Uganda, pada 8 Ogos 2022.

Hantaran sama turut memaklumkan bahawa ular sawa jenis batu atau rock python yang memiliki panjang lima meter dan berwarna emas serta hitam itu cukup popular sebagai ular terbesar di Afrika.

Dalam pada itu, penemuan ular dengan saiz agak luar biasa juga pernah dilaporkan berlaku di Malaysia.

Pada 23 Julai lalu, tular mengenai penemuan seekor ular sawa dengan saiz agak luar biasa di sekitar kawasan Elmina Green, Shah Alam, Selangor sehingga menggemparkan penduduk setempat.

Baca Lagi:
“Terjumpa duit RM50, ingatkan rezeki dari Allah, sekali aku dapat balasan cash”
Pekerja warga asing di pasar raya AEON jumpa duit RM18,000 dalam troli
Tiga sekawan beli sofa di kedai terpakai, tak sangka sofa lama boleh jadi sebuah ‘mesin menghasilkan duit’
CATEGORIES