Kecoh!! Tular video pensyarah hina pelajar siap sebut ‘golongan B40’ dikecam netizen

553 4 e1648606648464

Kecoh!! Tular video pensyarah hina pelajar siap sebut ‘golongan B40’ dikecam netizen.

Di media sosial viral rakaman video memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajar kerana tidak mampu membeli sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

Video asal yang dimuat naik di Twitter itu bagaimanapun telah dipadam. Ianya dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok

Orang ramai rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pensyarah yang seolah-olah memperkecilkan orang lain.

WhatsApp Image 2022 03 30 at 9.33.57 AM 768x506 1

Dalam sedutan video viral, kedengaran profesor berkenaan bertanyakan pelajar adakah dia menggunakan telefon bukannya laptop untuk sesi itu.

“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer? Engkau tinggal dekat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa? Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja. Kau tak ada adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas beli komputer. Aku cakap dengan kau, kalau kau ada kakak ada gelang emas pergi jual beli komputer. Tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau excel. Pasal itu kau jadi drop out student. Semester 5 kau tak ada komputer, aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 helai je pakaian. The most important is computer, very important for me. Hanya RM800 beli komputer apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.”

Meluahkan rasa tersinggung dengan kata-kata pensyarah ini, ada netizen baik hati mahu menghulurkan bantuan membeli laptop kepada pelajar ini.

@arifeddy Sampai hati cakap macam tu dengan orang susah 😭 #lectureruitm #uitm #professorroshana #roshanatakim #uitmseriiskandar #uitmshahalam #fyp #fypmalaysia #viral ♬ original sound – Arif Eddy

Baca lagi:

Setelah digantung tugas, guru KAFA yang masih enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan – MB

KWSP: FB Najib dilimpahi ucapan terima kasih

Pemain bola sepak Brazil maut diserang ikan pirana ketika dikejar polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *