Tular gambar budak lelaki kencing dalam botol ketika makan di medan selera cetus kontroversi

Untitled design 13 e1650322189444

Tular gambar budak lelaki kencing dalam botol ketika makan di medan selera cetus kontroversi.

Seorang wanita di Singapura menjadi tular apabila gambarnya memegang botol sambil seorang budak lelaki membuang air kecil di dalamnya ketika makan di sebuah medan selera mencetuskan kontroversi, lapor laman Mothership.

Gambar tersebut telah dimuat naik di sebuah halaman komuniti Facebook yang diberi nama COMPLAINT SINGAPORE.

Paparan gambar menunjukkan kanak-kanak itu berdiri sambil kencing dengan wanita berkenaan memegang botol di hadapannya.

Tular gambar budak lelaki kencing dalam botol ketika makan di medan selera cetus kontroversi

Turut kelihatan adalah pemanis mulut ais kacang yang diletakkan di atas meja berhampiran mereka.

Orang di sekeliling mereka seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku.

Kapsyen itu juga menyebut bahawa tandas terdekat terletak hanya satu minit dari tempat mereka duduk.

Kejadian yang dipercayai berlaku di medan selera Plaza Tiong Bahru itu menuai pelbagai komen positif dan negatif mengenai tindakan yang diambil oleh dua warga Singapura tersebut.

“Mungkin mereka takut jika ke tandas, tempat duduk akan diambil oleh pelanggan lain,” komen seorang pengguna media sosial.

“Itu mungkin alasannya tetapi cara ini tidak bersih terutamanya di kawasan di mana orang ramai menikmati makanan dan semestinya ia cara yang salah untuk mendidik kanak-kanak itu,” komen seorang lagi.

Baca lagi: 

Dulu hanya jual aiskrim naik basikal dan tidak pandai BI, kini bergelar Tan Sri

Wanita mahu pulangkan ‘Perisai Antik’ milik Sultan Brunei setelah menjaganya selama 18 tahun

Biawak kena rogol, empat lelaki ditahan pegawai perhutanan

Leave a Reply

Your email address will not be published.