Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan. Red, Yellow, Blue, Green!’ Itulah yang sering kedengaran diajar kepada anak-anak kita di tadika berkenaan dengan warna. Bahasa Inggeris sering menjadi rujukan pertama guru mengajar anak-anak mengistilahkan warna sehinggakan mereka lebih selesa menjawab dalam bahasa orang asing.

Tabiat itu juga akhirnya membawa kepada perlakuan serupa bila kita dewasa, bilamana kita lebih banyak merujuk warna dengan istilah Inggeris sehinggakan ramai di antara kita tidak tahu nama warna dalam bahasa sendiri. Berikut adalah 10 nama warna yang ada, tetapi mungkin jarang kita sebutkan kerana jelas penggunaannya rendah di kalangan warga Malaysia.

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

1. Kencana

Kita sedar istilah kencana sering digunakan, kerana ada perumahan nama Taman Kencana, ada syarikat Kencana Petroleum, ada francais klinik Kencana dan sebagainya. Apa maknanya kencana?

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Kencana sebenarnya merupakan istilah yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada istilah emas, mewakili warnanya. Jadi apa saja objek yang mempunyai warna keemas-emasan, boleh disebutkan sebagai objek kencana.

2. Galuh

Jika kencana adalah istilah alternatif kepada emas, galuh pula adalah alternatif kepada warna perak. Galuh juga boleh dirujuk sebagai warna yang terdapat pada batu intan atau permata yang keputih-putihan dan bersinar.

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Menurut sejarah masyarakat nusantara, pernah wujud sebuah kerajaan dinamakan sebagai kerajaan Galuh yang terletak di Sungai Citarum (kini di Indonesia) yang menguasai beberapa kawasan di sana sehingga abad ke 8.

3. Perang

Siapa selalu terkelirukan warna perang sebagai warna jingga atau oren?

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Perang dalam aspek warna sebenarnya merujuk kepada warna merah yang mempunyai unsur kuat kehitam-hitaman – menjadikannya lebih dekat dengan warna coklat, agak jauh berbeza tonanya dengan warna jingga dan oren.

4. Lembayung

Dalam istilah sains tempatan, pasti anda pernah membaca kewujudan istilah sinaran ultra lembayung atau dalam bahasa Inggeris ultra violet rays atau UV rays.

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Diambil daripada nama sejenis pokok herba yang mempunyai warna berwarna ungu, lembayung adalah nama kepada gabungan warna merah dan ungu.

Ekoran ketidak sedaran masyarakat tentang istilah ini, ramai yang tidak mengamalkan istilah lembayung sebaliknya selesa menggantikannya dengan violet yang berasal daripada bahasa Inggeris.

5. Kirmizi

Kirmizi? Apa bendanya ni? Sejenis warnalah!

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Kita ada warna merah dan alternatifnya seperti merah muda, merah tua, merah jambu dan sebagainya. Kirmizi adalah gelaran sebenar yang digunakan masyarakat kita bagi merujuk kepada warna merah tua.

Banyak digunakan dalam bidang kesusasteraan, kirmizi biasanya diguna untuk merujuk warna langit dalam ayat ‘seperti langit kirmizi.’

6. Langking

Kita tahu warna hitam itu bagaimana rupanya, tetapi bagaimana kita nak menamakan warna hitam yang sebenar-benarnya hitam – sehinggakan kelihatan seperti warna itu telah menyedut semua cahaya?

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Dari situlah kewujudan istilah langking atau hitam langking ini dibuat. Kalau warna hitam itu dikatakan langking, ini bererti hitam itu tersangatlah pekat tonanya sehingga tak nampak apa lagi dah.

7. Layung

Cuba anda sebutkan warna langit yang terbentuk ketika waktu petang. Apa warnanya? Pasti ada banyak jawapannya; kuning, jingga, merah jingga, merah kekuning-kuningan dan sebagainya. Semua jawapan ini kita terima.

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Nak jawapan tepat? Warna langit ketika itu berwarna layung. Layung memang mewakili warna kuning langit pada waktu petang secara terang dan jelas.

8. Wilis

Walaupun nama warna ini seakan-akan menyerupai nama seorang pelakon kegemaran penulis di Hollywood yang kini sedang gering akibat penyakit, kedua-duanya tidaklah berkait.

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Wilis adalah istilah yang merujuk khusus untuk warna biru kehijau-hijauan biasanya diaplikasikan kepada warna permata.

9. Biram

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Siapa bekas pelajar SK Seri Biram yang terletak di Pekan, Pahang? Kenapa sekolah itu dinamakan sedemikian rupa? Tak tahulah penulis! Haha. Tetapi biram dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa makna berbeza. Yang pertama merujuk kepada haiwan gajah dan yang kedua merujuk kepada makhluk mitos ular berkepala dua. Yang ketiga pula merujuk kepada warna merah.

10. Jernang

Di antara semua istilah warna dalam senarai ini, istilah jernang mungkin pernah anda dengari kerana Teras Jernang merupakan sebuah lokasi yang popular di kalangan penduduk negeri Selangor.

Tanpa kita sedar, rupanya ada 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan

Jernang sebenarnya merujuk sejenis tumbuhan rotan, di mana getah buahnya sering digunakan sebagai cat atau pewarna barangan masyarakat terdahulu.

Warna getah itu diistilahkan sebagai warna jernang, mempunyai sifat kemerah-merahan, -membolehkan istilah jernang dianggap alternatif kepada istilah merah.

Baca Juga:
Rasa tak sedap hati tengok satu keluarga jalan kaki tengah highway, mekanik pusing balik, rupanya memang betul dalam kesusahan nak cari ustaz
Makin melampau! Wanita dipaksa tukar meja makan dengan ibu mengandung gara-gara mengidam
“Keluarga suami aku buat tak tahu je selepas suami aku kantoi check in dengan kawan baik aku, sekarang mereka merayu-rayu dengan aku”
CATEGORIES