SPRM mula buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion

SPRM mula buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion

SPRM mula buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan.

“Ya, SPRM ada membuka kertas siasatan berhubung isu ini,” katanya ringkas.

SPRM mula buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Menurut Anwar, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran melibatkan isu itu.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilapor berkata beliau tidak takut disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini.

Baca Lagi:
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Kebakaran di Kementerian Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *