Sepasang kekasih diikat pada tiang, disebat 20 kali selepas rakaman video lucah tular

Cover 4 e1654443468341

Sepasang kekasih diikat pada tiang, disebat 20 kali selepas rakaman video lucah tular.

Sepasang kekasih di Ghana diikat pada sebatang kayu dan disebat 20 kali selepas rakaman video lucah mereka tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Penduduk bandar Wa, bertindak sendiri untuk menangkap dan menghukum seorang lelaki dan wanita atas penyebaran video lucah mereka yang didakwa mencemarkan nama baik bandar itu.

Beberapa foto menunjukkan pasangan kekasih itu diikat pada tiang berbeza di halaman Istana Wa Naa pada 31 Mei lalu turut tular di laman sosial.

Sepasang kekasih diikat pada tiang, disebat 20 kali selepas rakaman video lucah tular

Pihak berkuasa undang-undang negara itu, Persatuan Peguam Ghana (GBA), sejak itu mengecam penderaan di Wilayah Barat Atas dan menyifatkannya sebagai mundur dan biadab.

Laporan menunjukkan bahawa pasangan itu telah diarak ke istana untuk penghakiman tetapi Wa Naa (Raja orang Wala) tidak hadir sehingga mereka memutuskan untuk memberikan 20 sebatan ke atas kedua-dua mangsa.

Wa Naa atau Na Fuseini Seidu Pelpuo IV bagaimanapun mendakwa beliau yang membenarkan hukuman itu dilakukan untuk memupuk disiplin kepada anak-anak muda di bandar itu.

“Selain hukuman sebat, ibu bapa lelaki dan perempuan itu juga akan bersetuju untuk membenarkan kedua-duanya berkahwin dan kekal sebagai pasangan untuk menjalani kehidupan yang lurus,” katanya.

Baca Lagi:

Ustaz Neo dedah dan lukis muka 4 orang penyihir Ustaz Kazim berserta jin peliharaannya

Jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Wanita mengandung ditemui maut dalam kereta ditembak di perut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *