Semua perlu ‘standby’ menjelang pagi hari Raya Aidilfitri

Semua perlu ‘standby’ menjelang pagi hari Raya Aidilfitri

Semua perlu ‘standby’ menjelang pagi hari Raya Aidilfitri. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan akan berlaku di beberapa tempat pada pagi Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam satu kenyataan, METMalaysia menyatakan bahawa pada pagi Rabu ini, ribut petir dan hujan dijangka akan berlaku di Johor, Kelantan, dan Terengganu, serta di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, dan Kapit di Sarawak, dan Sandakan di Sabah.

“Di petang pula, dijangka ribut petir dan hujan akan melanda kebanyakan tempat di Perak dan Selangor.

Semua perlu 'standby' menjelang pagi hari Raya Aidilfitri

“Ribut petir dan hujan juga dijangka akan melanda beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri, dan Limbang di Sarawak, dan Sandakan, Pedalaman, dan Tawau di Sabah,” katanya.

Katanya, pada waktu malam pula, ribut petir dan hujan dijangka melanda beberapa tempat di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Di Sarawak, katanya, ia melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Kapit, serta Pedalaman di Sabah.

METMalaysia juga menjangka ribut petir dan hujan akan berlaku di beberapa tempat pada hari Khamis ini di Pahang, Johor, dan Sandakan, Sabah.

“Pada waktu petang pula, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Perak. Selain itu, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

“Di Sarawak, ia melibatkan Mukah, Bintulu, Miri, dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan Sandakan, Pedalaman, dan Tawau dan tempat lain dijangka tiada hujan,” katanya.

Pada waktu malam pula, katanya, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Pahang, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, dan Kapit, serta Pedalaman di Sabah.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan tepat.

Baca Lagi:
Makcik jutawan wasiat semua harta RM25.59 juta kepada pekerja, anak saudara terkejut satu sen tak dapat
Baju Melayu harga RM9,600, ini kisah yang ramai tak tahu tukang jahit baju Melayu Tunku Abdul Rahman
Bendahari masjid iri hari, kutipan derma masjid dapat RM21k, tapi minta bagi RM500 je dekat imam tarawih
CATEGORIES